Arifin mahu Karnival Kita Madani jadi acara tahunan

MEMBAKUT – Karnival Kita Madani menerima sambutan menggalakkan dari pengunjung dan ini harus menjadi aktiviti tahunan daerah ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut itu berkata, para pengunjung kelihatan berpuas hati dengan banyak pengisian pelbagai pameran. 

“Saya minta kepada Pengarah Jabatan Penerangan Sabah (JaPen) agar dapat dipertimbangkan program ini menjadi program tahunan di Membakut, kita akan mendukung dananya.

“Saya akan minta pejabat daerah dan agensi yang terlibat untuk berkerjasama membantu Membakut, harap dapat dilaksanakan lagi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Karnival Kita Madani Peringkat Negeri dan Pelepasan Kembara Jalur Gemilang Peringkat Daerah di Dewan Terbuka di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Pengarah JaPen Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata karnival tersebut berkonsepkan perkhidmatan secara langsung kepada komuniti masyarakat untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan bantuan selain dapat mengukuhkan perpaduan kaum.

“Antara aktiviti lain yang turut disambut meriah iaitu Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang tiba di daerah Membakut selepas tiga hari perjalanan.

“Kembara akan diteruskan untuk mengelilingi seluruh negeri Sabah sehingga kembali semula ke Kota Kinabalu pada 26 Ogos ini,” katanya. 

Untuk info atau pertanyaan lanjut mengenai bulan kemerdekaan orang ramai boleh melayari portal www.merdeka360.my untuk maklumat lanjut.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak