PRK Nenggiri: Polis siasat kenyataan sensitif ahli politik di Bertam Baru

KOTA BHARU – Polis membuka satu kertas sisatan berhubung kenyataan sensitif dikeluarkan seorang ahli politik dalam ceramahnya di Unit Daerah Mengundi (UDM) Bertam Baru di Gua Musang, sempena pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kenyataan itu dibuat ahli politik berkenaan pada 3 Ogos lalu.

Beliau berkata, susulan itu satu laporan dibuat seorang lelaki yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Gua Musang berusia 29 tahun.

“Kita membuka kertas siasatan untuk kes itu mengikut tiga seksyen iaitu Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan susulan kenyataan itu yang turut tular di media sosial,” katanya seperti dipetik dari Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Balai Polis Kok Lanas di sini, hari ini.

Terdahulu, tular satu kenyataan seorang ahli politik berhubung isu sebahagian besar permohonan pemilikan tanah yang sudah diluluskan kerajaan negeri tidak diselesaikan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki memaklumkan, setakat ini kempen PRK Dewan Undangan Negeri Nenggiri berjalan dengan aman dan tanpa laporan kes provokasi diterima pihaknya.

Related Posts

Pengampunan Najib ubah landskap politik, beri kelebihan kepada PH – Hassan Karim

PENGAMPUNAN bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak disifatkan memberi ‘bola tanggung’ kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

KENYATAAN Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyerahkan kepada ahli parti itu sama ada mahu menyumbang kepada tabung bagi membantu Datuk Seri Najib Razak membayar denda…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan