Kumpulan miskin tegar Parlimen Alor Gajah terbela – Adly

MELAKA – Inisiatif Rumah Kasih Ihsan (RKI) yang telah dilaksanakan di dalam Parlimen Alor Gajah akan menyediakan lebih banyak rumah baharu seterusnya membaik pulih rumah sedia ada demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan khususnya membabitkan golongan miskin tegar.

Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari berkata tiga rumah baharu akan dibina tahun ini menerusi peruntukan d ibawah bajet pembangunan Parlimen berkenan yang setiap satunya bernilai RM80,000.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata tiga RKI yang dibangunkan adalah di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia, Gadek dan Asahan yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

“RKI merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan untuk mereka yang mempunyai tanah tetapi tidak mampu untuk membina rumah atau membaik pulih rumah yang sudah uzur.

“Kita akan kenal pasti lebih banyak lagi RKI yang boleh dibangunkan dalam Parlimen ini mengikut keperluan dan bajet yang kita terima di masa hadapan demi kesejahteraan warga Alor Gajah ini” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Rumah Kasih Ihsan yang turut dihadiri Pengarah Pembangunan Negeri Melaka Megat Azlani Megar Ramli pada Isnin.

Menurutnya lagi fokus sebagai Ahli Parlimen selain menyediakan peluang pendidikan yang baik serta kebajikan kepada rakyat, rumah juga merupakan keperluan penting untuk menjalani kehidupan yang selesa.

Related Posts

Pesantun 2026 jayakan misi perkasa seni budaya warisan bangsa

KUCHING – Usaha memartabatkan seni warisan bangsa terus diperkasa menerusi penganjuran Pesta Pantun Negeri Sarawak (Pesantun) 2026 yang memfokuskan penyertaan dalam kalangan penjawat awam persekutuan dan negeri di wilayah ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan penagih warga emas antara 1,000 individu ditahan AADK

KUANTAN – Tindakan sepasang suami isteri warga emas menyembunyikan ketagihan dadah kira-kira 30 tahun lalu akhirnya terbongkar selepas ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di kediaman mereka di Jalan Gambang, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar utamakan kepentingan pendeposit Tabung Haji mengatasi populariti politik

Anwar utamakan kepentingan pendeposit Tabung Haji mengatasi populariti politik

Jangan ada lagi ‘tangan ghaib’ usik Tabung Haji – ABIM

Jangan ada lagi ‘tangan ghaib’ usik Tabung Haji – ABIM

Wujudkan undang-undang khusus agar campur tangan politik dalam Tabung Haji dapat dinoktahkan

Wujudkan undang-undang khusus agar campur tangan politik dalam Tabung Haji dapat dinoktahkan

Nurul Izzah lepas jawatan, kita terima baik – Anwar