Anwar utamakan kepentingan pendeposit Tabung Haji mengatasi populariti politik

KUALA LUMPUR – Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) disifatkan sebagai langkah berani meskipun berdepan kritikan dan dianggap tidak popular.

Pengerusi Daie MADANI, Amir Zuhair Abdull Khalid berkata, langkah sedemikian mencerminkan komitmen kerajaan untuk melindungi kepentingan lebih 9.5 juta pendeposit serta memastikan institusi kewangan Islam berkenaan bebas daripada sebarang penyelewengan pada masa hadapan.

Menurut beliau, himpunan yang diadakan pada, Jumaat turut bertujuan menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan memperkukuh tadbir urus Tabung Haji, selain menolak sebarang cubaan menjadikan institusi itu sebagai bahan politik.

“Sebab itulah antara himpunan hari ini adalah kita terkilanlah apa yang Datuk Seri Anwar buat itu adalah kerja yang baik, kerja mulia tapi ada pihak divert, putar belit sehingga menjadi persepsi negatif. Kita menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

“Kita tidak mahu lagi Tabung Haji digunakan sebagai alat politik oleh pihak- pihak tertentu. Kita tahu daripada sebelum 2018 itu memang teruklah tambang haji ini digunakan sebagai alat-alat politik,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) selepas Himpunan Aman Solidariti RCI Tabung Haji di Bangunan TH, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Amir Zuhair berpandangan, semua pihak perlu menilai laporan RCI Tabung Haji secara menyeluruh berdasarkan fakta dan bukannya persepsi mahupun tafsiran yang mengelirukan sehingga menimbulkan maklumat tidak tepat kepada masyarakat awam.

Menurut beliau, apa yang lebih penting adalah memastikan sebarang bentuk penyelewengan dalam pengurusan Tabung Haji tidak lagi berulang pada masa hadapan.

“Kalau kita baca di dalam laporan RCI, ada yang mempertikaikan tidak ada perkataan sakau tetapi akan jumpa perkataan penyelewengan. Memang tidak akan ada perkatan sakau kerana ini bukanlah buku komik.

“Ini laporan RCI. Kita tidak mahu ada penyelewengan lagi dan inilah niat Datuk Seri Anwar untuk tidak mahu ada penyelewengan dalam institusi dana orang Islam terbesar orang Islam,” katanya.

Tambahnya, usaha dilakukan kerajaan adalah penting dalam memulihkan keyakinan lebih 9.5 juta pendeposit yang mengamanahkan simpanan bernilai kira-kira RM95 bilion kepada Tabung Haji.

“Usaha ini bertujuan menyatukan semula keyakinan pendeposit supaya mereka terus mempercayai Tabung Haji dan tidak bertindak mengeluarkan simpanan mereka akibat kekeliruan yang timbul.

“Walaupun tindakan ini mungkin tidak popular dan mengundang pelbagai kritikan, Perdana Menteri tetap meneruskannya kerana kepentingan institusi dan kebajikan para pendeposit lebih utama,” katanya.

Related Posts

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

KUALA LUMPUR – Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) didakwa meletakkan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dikaitkan dalam laporan itu dalam keadaan dilema serta berkedudukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memulakan siasatan cukai terhadap beberapa individu yang dikenal pasti berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH). HASiL dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

Pemimpin BN RCI Tabung Haji dalam dilema, umpama ‘cacing kepanasan’ 

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

TVET penuhi keperluan tenaga kerja mahir industri, tepis persepsi pilihan kedua

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

UNIMAS, CIDB bangun piawaian ujian tanah gambut di Sarawak

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

HASiL mulakan siasatan cukai individu dikaitkan laporan RCI Tabung Haji

Anwar utamakan kepentingan pendeposit Tabung Haji mengatasi populariti politik

Anwar utamakan kepentingan pendeposit Tabung Haji mengatasi populariti politik

Jangan ada lagi ‘tangan ghaib’ usik Tabung Haji – ABIM

Jangan ada lagi ‘tangan ghaib’ usik Tabung Haji – ABIM