Fauzi pangku tugas Ketua Polis Daerah Semporna


SEMPORNA – Deputi Superintenden Polis (DSP) Fauzi Abdul Kadir memangku tugas Ketua Polis Daerah Semporna berkuat kuasa pada Rabu.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Polis Daerah Semporna memangku jawatan itu menggantikan Superintenden Polis (SUPT) Mohd Farhan Lee Abdullah yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuching, Sarawak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP).

Majlis serah terima tugas itu disempurnakan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, semalam.

Pada majlis sama, turut berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Semporna antara Arabiah Abd Rahim dengan Nur Fatihah Pando Abdullah.

Jauteh merakamkan penghargaan atas pencapaian dan kecemerlangan Supt Mohd Farhan Lee sepanjang perkhidmatan beliau di negeri ini serta sokongan yang diberikan oleh keluarga dalam memahami tugas kepolisan.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan