Abaikan ‘kakak’ dan ‘adik’, pilih masa depan Nenggiri

[ULASAN] Kenyataan Setiusaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini sudah tentu mengguris hati ahli akar umbi Bersatu.

Mana tidaknya, sudah tentu ia mengejutkan kerana ramai tertanya-tanya sejak bila Pas ibarat ‘kakak’ manakala Bersatu pula ibarat ‘adik’ dalam parti gabungan Perikatan Nasional (PN).

Bahasa mudah dalam masyarakat ini apabila dilabel adik maka individu itu seperti seorang yang tiada pengalaman, orang baru, masih muda atau mungkin dengan bahasa lebih keras ‘budak hingusan’.

Adakah itu pandangan Pas kepada Bersatu terkini atau mungkin sudah lama sejak dua parti ini tinggal dalam satu kelambu namun tidak tidur nyenyak.

Ada satu kisah melibatkan kakak dan adik di sebuah kampung yang terletak di pedalaman daerah negeri Serambi.

Ini kerana si kakak sentiasa perlu memantau adiknya kerana ada tabiat mengigau pada waktu malam melompat-lompat ibarat katak hingga ke kawasan luar rumah.

Sebagai adik yang muda dan hingusan, sudah tentu amat bahaya berada di luar rumah pada waktu malam dan keadaan ini menyebabkan si kakak sentiasa tidak cukup tidur.

Ada kala si kakak mengambil peluang meratib ‘dap..dap..dap..’ hingga pagi kerana sukar untuk tidur semula selepas terjaga akibat tabiat adiknya itu.

Kisah ini berterusan hingga kakaknya sudah beranak-pinak dan kini kerana sayang sampai sanggup menyerahkan anak lelakinya untuk membantu si adik di ladang.

Nasib malang si adik ini berterusan kerana tidak memiliki anak ‘jantan’ atau mungkin dianggap tidak ‘cukup jantan’.

Orang-orang kampung yang menyaksikan kehidupan dua beradik ini juga tertanya-tanya sampai bila mereka akan meneruskan hidup sebegitu.

Berbalik pada kisah Pas dan Bersatu yang disifatkan Takiyuddin bagai ‘kakak’ dan ‘adik’, mungkin dia lupa Gerakan yang mungkin sekadar adik beradik angkat.

Analogi ‘kakak’ dan ‘adik’ ini muncul di PRK Nenggiri apabila diumumkan bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon mewakili Bersatu.

Barisan Nasional (BN) pula mencalonkan Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang setakat ini memiliki lebih karisma dan ke hadapan berbanding Rizwadi.

Azmawi dilihat lebih bergaya dan tiada ciri-ciri bagaikan ‘adik’ bagi menabur baktinya kepada pengundi DUN Nenggiri.

Pengalaman dan latar belakang pendidikan yang dimiliki Azmawi sudah pasti tidak mengecewakan pengundi yang memilihnya.

Amat penting pengundi DUN Nenggiri membuat pilihan yang tepat bagi mendekatkan kawasan itu dengan Kerajaan Persekutuan agar lebih mendapat perhatian.

Berbanding Rizwadi yang dilihat tidak meyakinkan dalam segenap aspek, bukanlah calon yang baik untuk dipilih bagi mewakili penduduk DUN Nenggiri.

Maka, terserah kepada pengundi untuk membuat pilihan pada 17 Ogos depan, memilih untuk berubah atau Nenggiri kekal begitu sampai bila-bila.

Orang kampung perlu memikirkan nasib dan masa depan mereka, bukan lagi masa untuk memikirkan nasib si ‘kakak’ serta ‘adik’ yang entah bila akan selesai.

Related Posts

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghayati dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat mengenai kepentingan mengamalkan semangat serta nilai Rukun Negara dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

KUALA LUMPUR – Semua platform media sosial yang beroperasi di Malaysia diwajibkan menghormati dan mematuhi undang-undang negara, khususnya yang melibatkan aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak dalam persekitaran digital. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Pembubaran DUN Johor sudah dijangka, PH perkukuh persiapan PRN

Pembubaran DUN Johor sudah dijangka, PH perkukuh persiapan PRN

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

Anwar junjung kasih kebijaksanaan Agong, tegaskan komitmen perkukuh demokrasi

Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC

Media sosial wajib sahkan umur, pengguna bawah 16 tahun berdepan sekatan – MCMC