Sekumpulan individu misteri berbaju merah, bertopeng tular agih barangan dapur di Tawau

TAWAU – Sekumpulan individu berbaju merah dan bertopeng muncul mengagihkan barangan keperluan di hadapan Pasar Tanjung di sini kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Perkara ini dikongsi di media sosial oleh penduduk Tawau dan ‘page’ Facebook APAKES TAWAU telah tular serta mendapat perhatian awam.

Menerusi rakaman video dimuat naik APAKES TAWAU yang telah mencapai 11.1 ribu tontonan, menunjukkan sekumpulan lelaki berkenaan menaiki sebuah lori kotak kargo sebelum mengagihkan barangan asas seperti minyak masak, gula, beras dan sebagainya.

Menjengah ke ruang komen, masyarakat Tawau menzahirkan terima kasih atas keprihatinan kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, turut dicadangkan agar program agihan dilakukan di kawasan yang lebih sesuai agar bantuan diberikan kepada golongan sasar.

Kumpulan misteri itu enggan dikenali sementara motif agihan hanya untuk berkongsi kepada individu yang memerlukan dan akan diteruskan dalam siri seterusnya pada hari ini di beberapa lokasi lain sekitar Tawau.

Related Posts

Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

TAMBUNAN – Polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan kematian ibu kandungnya yang ditemukan dengan kesan kecederaan akibat senjata tajam di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

NIAH – Program JIWA@Komuniti sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 terus menjadi platform strategik bagi memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, khususnya buat penduduk di sekitar kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

  • By Ezmie
  • September 12, 2026
Anak kandung disyaki terlibat dalam kematian ibu di Tambunan

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

Anwar, Putin bincang penerbangan terus, bebas visa Malaysia-Rusia

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar