Pencemaran e-coli: Pusat Akuatik MBJB diarah tutup

JOHOR BAHRU – Susulan pencemaran bakteria e-coli yang dikesan di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Arena Larkin di sini, semalam, kerajaan Johor hari ini mengarahkan agar lokasi latihan bagi atlet sukan air negeri ini ditutup sehingga Januari, depan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, keputusan tegas itu diambil setelah mendapat persetujuan daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini telah mengeluarkan notis penutupan terhadap pusat berkenaan selama seminggu iaitu sehingga 6 Ogos.

Bagaimanapun katanya, hasil perbincangan pada Majlis Mesyuarat Negeri, kerajaan Johor bersepakat untuk melanjutkan tempoh penutupan bagi memberi laluan kepada beberapa kerja pembersihan yang akan dilaksanakan pihak berkaitan.

“Tugasan ini melibatkan jadual kebersihan oleh Jabatan Kimia serta KKM dan pertukaran sistem anti karat daripada pihak Damansara Aset sebelum ianya diserahkan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada awal Januari tahun depan.

“Ia termasuklah penukaran sistem anti karat, penukaran jubin di kedua-dua kolam terjun dan kolam renang akan dilakukan bagi memastikan sistem saliran air benar-benar bersih.

“Tempoh masa yang panjang ini demi memastikan bahawa, walaupun air sudah bersih tetapi kita tidak mahu mengambi risiko. Saya tak nak kita terkejar-kejar untuk membuka pusat akuatik ini tetapi akhirnya risiko kepada atlet muda dan sebab itu kita ada pelan jangka panjang,” katanya pada sidang media selepas melawat persekitaran termasuk kolam terjun dan kolam renang di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin di sini, hari ini, lapor Harian Metro.

Khamis lalu, seramai 19 pelajar daripada 900 peserta mengambil bahagian dalam Kejohanan Akuatik MSSJ 2024 terpaksa dikejarkan ke hospital, selepas mengalami gejala seperti, muntah-muntah, demam dan kulit gatal dipercayai terkesan dengan air yang terdapat dalam kolam renang dan kolam terjun di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin.

Mohd Hairi berkata, beliau kesal dengan pihak pengurusan kolam terbabit yang tidak membuat persiapan sewajarnya, sehingga menyebabkan 19 peserta mengambil bahagian dalam Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) 2024 jatuh sakit.

Related Posts

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

SUNGAI PETANI – Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 nanti diharap menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat dalam usaha membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. Menteri Belia dan Sukan, Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

TAWAU – Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah bercadang mewujudkan sebuah Pusat Aktiviti Wanita di Pantai Timur Sabah bagi memperluaskan lagi capaian program pembangunan wanita di kawasan berkenaan. Pembantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan