Persiapan awal banjir di Penampang giat dilaksana

PENAMPANG – Persiapan awal banjir di daerah ini giat dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian banjir besar berulang lagi.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick pihaknya bersama-sama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Air, Majlis Perbandaran Penampang dan agensi lain masih dalam usaha melaksanakan langkah persiapan awal banjir di daerah tersebut ekoran daripada banjir besar baru-baru ini.

“Dari segi persiapan awal kita itu, kita telah mengadakan mesyuarat tindakan pembangunan daerah bulan lepas dan antara yang telah dibincang dan dicadangkan adalah pemasangan sistem amaran di beberapa lokasi di sepanjang sungai Moyog ini bagi memberi amaran kepada para penduduk apabila paras air sungai Moyog itu meningkat semasa banjir ataupun semasa hujan lebat.

“’Ini bukan perancangan saya, ini perancangan bersama kerana melibatkan pelbagai pihak jabatan dan agensi teknikal terutamanya Jabatan Pengairan dan Saliran yang bertanggungjawab kepada tebing sungai dan sebagainya, begitu juga dengan Jabatan Air yang bertanggungjawab kepada tadbir urus di empangan Babagon misalnya, majlis Perbandaran Penampang yang bertanggungjawab kepada perparitan dan sebagainya. Ini harus menjadi tanggungjawab bersama,” katanya ketika ditemui selepas Program Bantuan Ehsan @ KUSKOP di Dewan Siga Tuavon, pagi tadi.

Dalam pada itu, Ewon berkata, KUSKOP melalui agensi-agensinya menyalurkan bantuan ehsan sejumlah RM650,200 kepada para pelajar dan penjaja di kawasan Penampang yang terjejas teruk akibat banjir hujung Jun lalu.

Katanya daripada jumlah itu, sejumlah RM497,700 bantuan ehsan disalurkan kepada 19 buah sekolah rendah dan menengah melibatkan 1,659 penerima.

Tambah beliau, bantuan ehsan itu diberikan kepada pelajar yang dikategorikan ‘terjejas teruk’ seperti kehilangan baju seragam, kasut dan keperluan alat tulis apabila rumah mereka terjejas teruk (total loss) semasa insiden banjir pada 30 Jun dan 1 Julai tersebut.

“Setiap pelajar yang telah dikenal pasti oleh sekolah-sekolah berkenaan akan menerima bantuan sebanyak RM300 setiap seorang,” katanya.

“Manakala sejumlah RM152,500 bantuan ehsan disalurkan kepada seramai 268 penjaja daripada Persatuan Usahawan Kecil dan Sederhana Daerah Penampang, Persatuan Peniaga Tamu Donggongon dan usahawan Tekun Nasional Penampang.

“Agensi-agensi yang terlibat dalam Program Ehsan@Kuskop ialah SME Corp, SME Bank, Tekun Nasional, Pernas, Bank Rakyat, Coop Bank Pertama, Angkasa dan Yayasan Bank Rakyat,” katanya.

Related Posts

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

PADAWAN – Sambutan Gawai Brumbiak Pinyawa 2026 berlangsung meriah dengan penyertaan 14 kontinjen dalam perarakan budaya yang menjadi acara kemuncak program tersebut pada Ahad. Perarakan yang bermula dari Dewan Kampung Serumah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

MUKAH – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick bakal menikmati kemudahan dewan serbaguna baharu bernilai RM500,000 menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). Timbalan Menteri Ekonomi ⁠merangkap Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa