Amanah Pahang, Yadim buka lembaran baharu dakwah

KUANTAN – Kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan kementerian berkaitan adalah kunci kepada keberkesanan pelaksanaan agenda dakwah dalam kalangan masyarakat.

Bagi memastikan sasaran itu dicapai, parti Amanah Pahang mengambil langkah pertama dengan mengunjungi pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Pahang di sini, Selasa lalu.

Rombongan itu diketuai sendiri oleh Pengerusi Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly.

Berkongsi perkara itu di Facebook, Mohd Fadzli berkata, pertemuan berkenaan diharap membuka lembaran baharu membabitkan usaha dakwah di seluruh Pahang.

“Yadim sudah melakukan banyak kerja dakwah dan perkara ini memang kita akui.

“Tak henti usaha dakwah dilakukan mereka hingga ke kampung pedalaman dan semua daerah di Pahang.

“Kami sangat terharu dan berterima kasih kepada Yadim kerana sudi mendengar dan menerima pandangan yang kami bawa untuk perhatian mereka,” katanya.

Mohd Fadzli berkata, antara pandangan dikemukakan Amanah Pahang adalah pihak sekolah perlu dilibatkan dalam usaha dakwah, dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam dan Kementerian Pendidikan.

Katanya, ia bagi memberi pencerahan terhadap kaedah dan jalan dakwah yang sebenar.

“Kita dah terlalu banyak menempelkan macam-macam label pada org yg tidak sebulu dengan kita hanya kerana beda parti.

“Sedangkan kita lupa… kita semua adalah muslim yang dimuliakan Allah.

“Sudah sampai masa untuk kita mencipta redha Allah… Islam milik semua,” ujarnya.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar