ADUN Mahkota kritikal akibat pendarahan dalaman

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, kini kritikal dan dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang, akibat pendarahan dalaman.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah, berkata dia dimaklumkan keadaan Sharifah Azizah itu oleh beberapa Wanita UMNO Johor, pagi tadi.

“Ya, betul. Keadaan Datuk Sharifah Azizah kini dilaporkan kritikal akibat pendarahan dalaman.

“Saya dan beberapa ahli Wanita UMNO Batu Pahat akan segera ke Hospital Kluang petang ini bagi menziarahi beliau,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Sharifah Azizah yang juga Ketua Wanita UMNO Kluang ialah bekas Ketua Wanita UMNO Johor.

Beliau menang kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022.

Sebelum itu, Sharifah Azizah ialah ADUN Penawar, mulai 2018 hingga 2022.

Dalam pada itu, Ketua Wanita UMNO Pontian, Hasrunizah Hassan, yang juga ADUN Pulai Sebatang berkata, Sharifah Azizah pernah dimasukkan ke hospital Mac lalu bagi merawat masalah pendarahan dalamannya.

“Kami jangka isu kesihatan Sharifah Azizah sudah diatasi selepas dibenarkan keluar hospital beberapa bulan lalu.

“Namun, sangat terkejut apabila pagi ini. Keadaan beliau dilaporkan kritikal.

“Saya mendoakan kesihatan beliau akan pulih dan sedang mendapatkan maklumat lanjut, sebelum ke Hospital Kluang untuk menziarahinya,” katanya.

Related Posts

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

PERBAHASAN sama ada amalan tahlil merupakan sebahagian daripada syariat atau sebaliknya tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mana-mana individu mempermainkan amalan itu sebagai senjata politik atau menyindir mana-mana pihak terutama orang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) berhasrat mempertahankan semua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang gabungan itu di Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Pengerusi BN,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan