Aaron-Wooi Yik bakal tempuh laluan sukar

PARIS – Tembok Besar China nyata sukar untuk dirobohkan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila tumbang kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dalam aksi terakhir kumpulan di Sukan Olimpik Paris 2024 awal pagi tadi.

Aksi di Porte de La Chapelle Arena itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik terpaksa berpuas hati dengan kedudukan naib juara Kumpulan A selepas tewas 22-24, 14-21 kepada pasangan nombor satu dunia dalam pertarungan selama 42 minit.

Beregu negara itu memulakan kempen dengan menewaskan beregu nombor 18 dunia dari Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy 19-21, 21-16, 21-11 pada Sabtu sebelum mengesahkan tiket suku akhir dengan menyingkirkan wakil Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura 21-10, 21-15 semalam.

Pada pertemuan dengan Wei Keng-Wang Chang, Aaron-Wooi Yik selaku pasangan nombor empat dunia melakukan usaha berani pada set pertama untuk mengejar daripada ketinggalan lima mata kepada 20-20 tetapi gagal melakukan penyudahan.

Kembali ke set kedua, Wei Keng-Chang, penyandang juara Asia, kekal mengawal perlawanan untuk melebarkan rekod kemenangan menentang lawan mereka kepada tujuh dalam sembilan pertemuan.

“Kami menikmati perlawanan tanpa tekanan dan menganggap ini sebagai perlawanan latihan kerana kami masih mempunyai beberapa perlawanan lagi.

“Sudah tentu, kami berharap untuk mendapat warna pingat yang berbeza (selepas memenangi gangsa di Tokyo 2020), tetapi kami seperti melangkah setapak demi setapak,” kata Aaron selepas perlawanan.

Sementara itu, Wooi Yik berkata menentang pilihan utama itu sentiasa menjadi tugas berat dan adalah penting bagi mereka memperbaiki kelemahan menjelang peringkat kalah mati bermula, Khamis.

Kekalahan itu bermakna Aaron-Wooi Yik akan mendapat undian suku akhir yang lebih sukar kerana terpaksa berdepan dengan salah satu juara kumpulan.

Undian bagi peringkat lapan terakhir akan diadakan selepas selesai perlawanan peringkat kumpulan beregu lelaki, esok.

Related Posts

Perak sasar 50 emas di SUKMA Selangor, sedia ganjaran sehingga RM6,000

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menawarkan ganjaran sehingga RM6,000 kepada atlet termasuk atlet para yang berjaya menghadiahkan pingat emas acara perseorangan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor, sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji yakin Sabah mampu raih 40 emas pada SUKMA Selangor

KOTA KINABALU – Sabah menyasarkan kutipan 40 pingat emas pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-22 di Selangor menerusi persediaan rapi bagi memastikan kontinjen negeri mampu mencatat prestasi terbaik di temasya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Syariat atau tidak bukan alasan sindir orang lain – Faiz

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Kembara Merdeka Jalur Gemilang semarak patriotisme, perpaduan rakyat

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

Hab wanita di Pantai Timur Sabah tingkat akses program pembangunan – Rina

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

BN mahu bertanding 21 kerusi PRN Melaka

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

RCI Tabung Haji: BN tidak akan berkompromi jika berlaku penyelewengan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan

Selangor teliti tambah penerima HPIPT tahun depan, perhalusi tempoh permohonan