Gohillians Robotic wakil negara ke Singapura

KUANTAN – Pasukan Gohillians Robotic dari Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Bukit Goh, di sini bakal berentap di World Robot Games (WRG) 2024 di Nanyang Polytechnic, Singapura pada 6 hingga 8 November depan.

Penyertaan Gohillians Robotic selepas kejayaan muncul juara Pertandingan Robotik Felda Kebangsaan 2024 sempena Hari Peneroka Felda 2024 di MAEPS Serdang, Selangor pada 12 hingga 14 Julai lalu.

Penyelaras yang juga guru pembimbing pasukan, Wan Mohd Hairi Wan Hassan berkata, pada pertandingan itu, Gohillians Robotic menewaskan 80 sekolah Felda dari seluruh negara.

Katanya, pada awalnya pasukan itu memenangi kategori Mega Sumo Robot kilogram dan tempat ketiga kategori Mini Sumo Robot 1.5 kilogram.

“Pasukan ini layak ke pusingan akhir pertandingan Program AI Robot Examination sekali gus kami muncul juara utama Pertandingan Robotik Felda Kebangsaan 2024.

“Oleh itu, Gohillians Robotic ingin menjadi tonggak utama membawa nama Felda di pentas dunia dan WRG 2024 di Singapura untuk mencapai kejayaan,” katanya ketika ditemui pada majlis meraikan kejayaan Gohillians Robotic di Menara Kuantan 188, di sini semalam.

Pasukan itu diwakili Muhammad Syauqi Mohd Sidek, 11; Muhammad Wazif Qaid Abu Zalrifari Ikram, 11 dan Iman Muhammad Zafri Zamrizal, 12.

Sementara itu, Iman Muhammad Zafri berkata, kejayaan muncul juara peringkat kebangsaan memberi motivasi kepadanya dan rakan lain untuk mengharumkan nama sekolah, khususnya Malaysia di pentas antarabangsa.

Katanya, penyertaan ke WRG 2024 menambah lagi keyakinan untuk lebih bersedia berhadapan dengan cabaran lebih besar.

“Kami akan melakukan yang terbaik bukan saja mewakili SK LKTP Bukit Goh dan Felda, malah ia lebih untuk negara,” katanya.

Related Posts

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

TEMERLOH – Seni persilatan bukan sekadar warisan bangsa yang perlu dipelihara malah berpotensi menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang menerusi penganjuran pelbagai program berteraskan budaya dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Datuk Ismail Lasim mengumumkan cuti peristiwa esok, 3 Ogos (Isnin), sebagai penghargaan kepada rakyat negeri yang menjayakan proses demokrasi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Pahang sedia terus sokongan perkembangan seni silat

Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

  • By Aden
  • August 2, 2026
Negeri Sembilan cuti peristiwa esok – MB

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Kren RM70 juta tingkat infrastruktur pelabuhan, sokong pertumbuhan ekonomi Sabah

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Dua kren dermaga baharu tingkat kecekapan operasi Pelabuhan Tawau

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai