Ambil iktibar apa berlaku di UPNM

TENGKU Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menasihatkan semua penuntut universiti supaya mengambil iktibar terhadap kes buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tujuh tahun lalu sehingga pelakunya ke tali gantung.

Nasihat Tunku Azizah itu diutuskan ketika berangkat bercemar duli ke Majlis Bai’ah atau Lafaz Ikrar Pelajar Baharu di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gambang dekat Kuantan, semalam.

“Saya mengambil kesempatan untuk menasihatkan semua anak-anak yang baru masuk ini kerana baru-baru ini anda semua telah baca dalam surat khabar mengenai apa yang telah terjadi tujuh tahun lalu di UPNM, jadi saya harap ambillah iktibar apa yang telah terjadi.

“Kerana sia-sia sahaja awak masuk ke universiti dan selepas itu ke tali gantung kerana tidak fikir apa yang awak buat itu akan memusnahkan diri awak sendiri,” titah baginda yang dikongsi di laman Instagram.

Pada majlis itu juga, Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada 5,066 pelajar baharu yang mendaftar bagi sesi pengajian 2024/2025 di dua kampus Pusat Asasi UIAM iaitu di Gambang dan Kuantan.

Media sebelum ini melaporkan enam bekas pelajar UPNM – yang sebelum ini dipenjara 18 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Zulfarhan Osman – dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan dalam rayuan silang untuk mengembalikan semula kes itu daripada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kepada pertuduhan asal mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Enam tertuduh itu adalah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Pengampunan bersyarat Najib bukan keputusan PM, PH – Fadhlina

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat