Kerajaan setuju koperasi jadi entiti perniagaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan secara prinsip bersetuju untuk meminda beberapa peruntukan undang-undang untuk menjadikan koperasi sebagai entiti perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata draf cadangan pindaan ke atas undang-undang itu sedang dipersiapkan Jabatan Peguam Negara, sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.

“Soal undang-undang, Menteri (Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk) Ewon (Benedick) beritahu sudah ada kerangka awal dan dalam tempoh dua bulan akan datang apabila disiapkan oleh Jabatan Peguam Negara, dibawa ke Jemaah Menteri untuk diluluskan.

“Saya percaya, melihat prestasi mereka… itu boleh disegerakan,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Syor pindaan kepada undang-undang itu antara resolusi dipersetujui Kongres Koperasi Kebangsaan 2024.

Ia dibangkitkan selepas terdapat beberapa akta sedia ada dilihat mengekang gerakan koperasi dalam menjalankan perniagaannya.

Pada majlis itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan RM6 juta kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) yang diselaras menerusi dana beberapa kementerian dan agensi.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET