ADUN Rembia sedia diheret ke mahkamah

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis membidas kenyataan yang dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kononnya bukti menunjukkan beliau telah melanggar akuan bersumpah (SD) serta Perjanjian Penamaan Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri Melaka ke-15 pada 2021.

Beliau juga mendakwa UMNO menggunakan taktik buruk yang tidak selari dengan undang-undang dan perlembagaan serta bersedia menentang dan mendedahkan perkara itu di mahkamah demi manfaat ahli yang lain.

“Saya bersedia membersihkan ini di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media hari ini.

Terdahulu, menerusi rakaman video yang dimuat naik di media sosial Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, beliau telah menunjukkan SD serta salinan asli Perjanjian Penamaan Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri Melaka yang ditandatangani Jailani pada 2021.

Menurutnya lagi, berdasarkan perjanjian tersebut semua calon BN yang bertanding dalam PRN itu perlu meletakkan jawatan sebagai ahli parti dan mengosongkan kerusi yang dimenangi sekiranya mereka bertukar parti atau menukar haluan daripada menyokong BN dan parti komponennya.

“Bayar semula kepada BN berjumlah sebanyak RM100 juta. Ini ada kesannya, kita sudah ada kes Mahkamah Tinggi memutuskan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zuraida Kamarudin membayar RM10 juta”

Selasa lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan kemasukan Jailani yang sebelum ini digantung keahlian UMNO, ke dalam parti itu berkuat kuasa Jun tahun lalu.

UMNO juga telah menggantung keahlian Muhammad Jailani selama enam tahun kerana melakukan sabotaj terhadap parti berikutan dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor tahun lalu.

Related Posts

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

KUALA LUMPUR – Prosiding permohonan Badan Peguam Malaysia untuk mencabar keputusan pendakwaan menghentikan prosiding kes rasuah Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ditangguhkan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

PAS didakwa menggunakan taktik melengah-lengahkan (delay tactic) untuk menangguhkan penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung aduan Bersatu mengenai Perikatan Nasional (PN), kata Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi

Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar