‘Daulat Tuanku’ iring pertabalan Yang di-Pertuan Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat yang berlangsung penuh tradisi dan adat istiadat di Balairung Seri Istana Negara, hari ini.

Laungan ‘Daulat Tuanku’ dan tembakan meriam 21 das bergema di Istana Negara menandakan penyempurnaan istiadat pertabalan Sultan Ibrahim.

Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara mengetuai laungan ‘Daulat Tuanku’ di dalam Balairung Seri, manakala tembakan meriam dilepaskan sejurus Sultan Ibrahim menyempurnakan lafaz ikrar sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat mengiringi Yang di-Pertuan Agong dalam istiadat penuh bersejarah ini.

Turut berangkat sama, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan isteri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Turut berangkat, Raja Bahrain, Raja Hamad Bin Isa Bin Salman Al-Khalifa dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu serta wakil-wakil Baginda. 

Turut berangkat sama, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor. 

Istiadat pertabalan juga menyaksikan kehadiran Datuk Lee Hsien Loong, Menteri Kanan Singapura dan isteri Datin Ho Ching.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta anggota Kabinet kerajaan turut hadir pada majlis penuh gilang-gemilang itu.

Related Posts

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

AYER KEROH – Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil tidak mengetahui mengenai dakwaan Pakatan Harapan (PH) sedang mengadakan perbincangan untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi