Diskaun saman PDRM di pelancaran Bulan Kebangsaan di Cyberjaya

KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus pada Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di Cyber Event Hall Cyberjaya, Selangor, Ahad ini.

Jabatan Penerangan menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program bermula 9 pagi hingga 4.30 petang, tertakluk kepada terma dan syarat.

Selain itu, Jualan Kombo Agro MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jualan Ehsan Rahmah MADANI akan turut diadakan, menawarkan pelbagai produk pada harga murah antaranya ayam, ikan, daging, telur, minyak masak botol 5 kilogram (kg) dan beras 5 kg.

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berkonsepkan karnival rakyat, dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merupakan wadah untuk terus menyuburkan semangat kenegaraan dan patriotisme.

Majlis pelancaran itu adalah bagi memulakan kiraan detik menuju sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya dan sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 Sept ini di Sabah.

Maklumat lanjut mengenai Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 dan pelbagai program yang diadakan boleh didapati di laman sesawang www.merdeka360.my.

Related Posts

Episod hujan lebat berterusan mulai Selasa, penduduk diminta bersedia

PETALING JAYA – Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 dijangka bermula pada 27 Oktober ini dan berterusan sehingga Mac 2027, dengan tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan diramal berlaku pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar Ibrahim, Malaysia tegas tolak Israel

Anwar Ibrahim, Malaysia tegas tolak Israel

Episod hujan lebat berterusan mulai Selasa, penduduk diminta bersedia

Episod hujan lebat berterusan mulai Selasa, penduduk diminta bersedia

Gara-gara fitnah, 4 pemimpin UMNO, Pas jadikan Teresa Kok bakal jutawan

Gara-gara fitnah, 4 pemimpin UMNO, Pas jadikan Teresa Kok bakal jutawan

Kerjasama industri buka laluan kerjaya, lagi 20 graduan Sabah raih kerja di Johor

  • By Ithma
  • October 23, 2026
Kerjasama industri buka laluan kerjaya, lagi 20 graduan Sabah raih kerja di Johor

DUN Sarawak dibubar 26 Oktober, laluan PRN Ke-13 dibuka

DUN Sarawak dibubar 26 Oktober, laluan PRN Ke-13 dibuka

Sindiket bawa masuk, lindungi warga asing dikesan di Kuala Lumpur

Sindiket bawa masuk, lindungi warga asing dikesan di Kuala Lumpur