‘YB Jai boleh sedia tabung kutip RM100 juta bayar denda’

MELAKA – UMNO menyindir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis untuk menyediakan tabung kutipan derma RM100 juta sebagai denda kepada UMNO kerana menjadi ‘katak’ ke parti pembangkang.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, denda itu kerana semua calon Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka termasuk bekas Exco Melaka itu sudah menandatangani perjanjian dan aku janji untuk membayar jumlah berkenaan jika mengkhianati parti.

“Dia kena ingat, masa PRN Melaka (November 2021) lalu semua ADUN BN Melaka kita ada tandatangan perjanjian antaranya kalau kita lompat parti lain boleh didakwa dan kena dengan RM100 juta.

“Jadi YB Jai (Muhammad Jailani) carilah tin Milo banyak-banyak (tabung)…minta dia untuk bayar balik kepada UMNO RM100 juta sebab kamu menang atas tiket UMNO tapi melompat (keluar parti),” katanya.

Beliau yang juga ADUN Merlimau berkata demikian selepas menutup Sambutan Hari Zoonosis Sedunia peringkat negeri di Zoo Melaka, di sini, pada Khamis.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Ruzita Mustaffa dan Penolong Pengarah Zoo Melaka, Nurul Akshikin Zulkharnain.

Selasa lalu Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Muhamad Jailani yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO sah menyertai Pas berkuat kuasa Jun tahun lalu.

Muhamad Jailani menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) atas tiket PKR dan beliau antara empat ADUN Pakatan Harapan (PH) yang melompat menyokong BN bagi mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2020.

Beliau dikatakan dipecat PKR, sebelum mengumumkan menyertai UMNO bagi membolehkan dipilih bertanding semula mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November 2021.

Mengulas lanjut, Dr Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri membidas dakwaan Jailani bahawa UMNO menang besar pada PRN lalu kerana tindakannya menarik sokongan terhadap pentadbiran PH ketika itu.

“Jailani sebenarnya bukan sebab kamu seorang (UMNO menang besar), sebenarnya sebab kamulah kerajaan negeri runtuh. Kamulah yang membawa kemusnahan.

“Kalau betul-betul anak jantan, kita buat Pilihan Raya Kecil (PRK) dan kita bertanding sebagai anak jantan. Cuma saya risau disebabkan suka `melompat’, Pas pun tak calonkan dia nanti,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok