RM21.1 juta elaun sara hidup disalur kepada nelayan Sabah tahun ini – Mohamad Sabu

SANDAKAN – Sebanyak RM21.1 juta elaun sara hidup disalurkan kepada 7,502 nelayan di Sabah tahun ini dalam menjaga kebajikan mereka, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata, RM450,000 pula disalurkan kepada 30 nelayan di negeri ini bagi meningkatkan kapasiti nelayan B40 untuk membantu golongan itu meningkatkan taraf hidup serta kemahiran mereka.

Antara bantuan lain yang turut disalurkan khusus kepada kelompok nelayan Sabah ialah Projek Khas Perumahan Nelayan, Skim Perlindungan Keselamatan Nelayan, serta Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memastikan kebajikan nelayan di negara ini terbela,” kata Mohamad ketika berucap menyempurnakan program ramah mesra Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama nelayan Sandakan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, kerajaan juga meluluskan peruntukan RM1 juta projek khas perumahan nelayan membabitkan 60 rumah nelayan di Sabah yang bertujuan memberi kesejahteraan hidup untuk golongan itu.

Mohamad berkata, tahun ini kerajaan masih meneruskan skim subsidi diesel serta petrol nelayan dengan kuota bersubsidi diluluskan berjumlah 70 juta liter sebulan, dan kadar harga subsidi ditetapkan adalah RM1.65 seliter bagi kedua-dua jenis minyak itu, dan di Sabah 6,782 nelayan menikmati subsidi berkenaan.

“Kesemua insentif yang disalurkan itu membuktikan komitmen kerajaan membantu meringankan beban nelayan selain berusaha meningkatkan lagi taraf ekonomi nelayan di negara ini,” katanya.

Related Posts

Malaysia, Indonesia teroka mekanisme bersama tangani jerebu

PUTRAJAYA – Malaysia dan Indonesia sudah mengadakan perbincangan bagi meneroka kerjasama menangani isu jerebu dan kebakaran hutan di Kalimantan serta Sumatera yang telah berlarutan sehingga kini. Menteri Luar, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima pulang pelarian – Fahmi

PUTRAJAYA – Kejayaan meyakinkan Myanmar menerima semula ribuan pelariannya meletakkan Malaysia sebagai negara pertama di dunia mencapai persetujuan berkenaan, kata Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil. Menteri Komunikasi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mangsa renjatan elektrik melecur 80 peratus

Mangsa renjatan elektrik melecur 80 peratus

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Peniaga buah maut, gerai dirempuh lori balak

  • By Fandi
  • October 14, 2026
Peniaga buah maut, gerai dirempuh lori balak

Malaysia, Indonesia teroka mekanisme bersama tangani jerebu

Malaysia, Indonesia teroka mekanisme bersama tangani jerebu

Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima pulang pelarian – Fahmi

Malaysia negara pertama yakinkan Myanmar terima pulang pelarian – Fahmi

Ba’Kelalan bakal miliki klinik kesihatan baharu bernilai RM14.8 juta

Ba’Kelalan bakal miliki klinik kesihatan baharu bernilai RM14.8 juta