Hasrat Malaysia sertai BRICS bukan campuri urusan domestik, politik

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat Malaysia untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan) bukan untuk mencampuri urusan domestik atau politik negara terlibat.

Sebaliknya beliau berkata, Malaysia lebih menekankan keutamaan kepada aspek perdagangan, ekonomi serta peluasan jaringan yang dapat memberikan manfaat kepada negara dan rakyat terutamanya pedagang, peniaga dan pelabur.

Anwar berkata, dalam hubungan Malaysia dengan negara luar termasuk negara Barat serta yang terlibat dalam Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Malaysia tidak sepenuhnya bersetuju dalam semua hal.

“Malah, ada pertentangan dan perbezaan besar kita dalam isu Gaza umpamanya, isu negara berkembang, isu persaingan perdagangan dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), tapi itu tak menyebabkan kita harus memutuskan perhubungan terutama bila keutamaan itu adalah perdagangan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang ingin tahu sama ada kerajaan telah meneliti implikasi Malaysia apabila menyertai BRICS memandangkan negara anggotanya mempunyai latar belakang ekonomi, politik dan sosial yang agak berbeza dengan Malaysia.

Perdana Menteri berkata, dalam soal BRICS, negara seperti China dan Rusia menjalin hubungan dan kerjasama yang rapat dengan Malaysia walaupun kedua-duanya mempunyai sistem negara yang berbeza dengan negara ini.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak