Pintu pagar balai polis seluruh negara ditutup jam 10 malam

KUALA LUMPUR – Sebagai langkah memperketatkan keselamatan, pintu pagar balai polis di seluruh negara akan ditutup pada jam 10 malam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan ini diambil susulan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Mei lalu.

Menurutnya, selain mengimbangi keperluan masyarakat, keselamatan anggota polis juga perlu diambil kira.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketatkan prosedur operasi standard bagi semua kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), balai dan premis utama polis di bawah arahan pentadbiran supaya perbaiki beberapa arahan.

“Arahan pentadbiran perintah tetap Ketua Polis Negara turut memasukkan balai polis ditutup selepas pukul 10 malam. Ia kerana kita kena imbangi balai polis sebagai tempat aduan dan dalam masa sama balai polis juga turut jadi sasaran,” katanya pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa.

Kenyataan Saifuddin Nasution ini adalah bagi menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot (GPS–Serian) mengenai langkah memperketatkan keselamatan di balai polis di seluruh negara setelah insiden di Balai Polis Ulu Tiram.

Insiden berdarah itu telah mengorbankan dua anggota polis akibat diserang oleh lelaki bertopeng bersenjatakan parang.

Berdasarkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Saifuddin Nasution berkata, tindakan kafir-mengkafir jelas boleh mengundang bahaya dan mendakwa akidah pihak tertentu tidak sempurna.

“Penyerang dan adik-beradik tidak pergi sekolah sebab sekolah kerajaan kafir. Bila ada kefahaman begitu, dia anggap akidah dia saja sempurna, orang lain kafir. Keadaan ini harus dibendung, perbuatan kafir mengkafir sangat berbahaya,” katanya.

Walaupun begitu, beliau memberikan jaminan pasukan keselamatan sentiasa siap siaga dan bersedia dengan langkah-langkah serta bertindak sewajarnya agar fahaman berbaur pengganas tidak dibiarkan tersebar di Malaysia.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai