Kanak-kanak Gaza habiskan 8 jam sehari bawa makanan, air – PBB

KANAK-KANAK di Jalur Gaza menghabiskan lapan jam sehari membawa makanan dan air, memaksa keluarga menggunakan air laut untuk tugas harian, kata agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) berkata pada Sabtu.

“Kanak-kanak di #Gaza boleh menghabiskan 6-8 jam sehari untuk mengumpul air dan makanan, selalunya membawa beban berat dan berjalan jauh,” tulis agensi itu di X.

“Kemudahan dan infrastruktur sanitasi terjejas teruk, memaksa beribu-ribu keluarga bergantung kepada air laut untuk mencuci, membersihkan dan minum,” tambahnya.

Israel, yang mengingkari resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera, menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan ke atas Gaza sejak serangan 7 Oktober oleh kumpulan Palestin, Hamas, lapor Anadolu.

Lebih 38,000 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 87,700 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Hampir sembilan bulan selepas perang Israel, kawasan Gaza yang luas runtuh di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang melumpuhkan.

Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang keputusan terbaharunya mengarahkannya menghentikan serta-merta operasi ketenteraannya di bandar selatan Rafah, di mana lebih 1 juta rakyat Palestin telah mencari perlindungan daripada perang sebelum ia diceroboh pada 6 Mei.

Related Posts

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan
  • AdenAden
  • August 25, 2026

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara pada hari ini didapati merosot dengan 29 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat manakala 38 kawasan lagi berada pada tahap sederhana,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut