Bank Muamalat lulus geran iTEKAD kepada 334 usahawan

KOTA BHARU – Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini meluluskan pengagihan geran iTEKAD berjumlah RM1,670,000 kepada 334 usahawan mikro terpilih di Negeri Pahang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, pemberian geran itu diperuntukkan oleh Kerajaan bagi membantu peserta-peserta iTEKAD membeli aset untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Beliau berkata, sehingga kini program iTEKAD Bank Muamalat telah membantu 2274 usahawan dengan agihan sebanyak RM20.66 juta.

Tambahnya, program bekenaan merupakan inisiatif holistik keusahawanan yang direka khas untuk usahawan mikro yang berpendapatan rendah melalui bantuan modal permulaan, latihan berstruktur serta pembiayaan mikro.

Melalui itu juga, usahawan turut diberikan latihan pemasaran melalui platform atas talian e-dagang terpilih.

Menyahut seruan Bank Negara Malaysia untuk memperkasakan usahawan mikro melalui iTEKAD, Bank Muamalat turut memberi nilai tambah kepada usahawan yang menyertai program iTEKAD Bank Muamalat dengan menawarkan akses kepada fasiliti digital komprehensif bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana seperti terminal transaksi tanpa tunai e-POS dan penyediaan kod QR bagi menggalakkan pembayaran digital yang inklusif.

Oleh itu, pihaknya sentiasa menyokong usaha Bank Negara Malaysia dan kerajaan dalam membantu usahawan mikro mengekalkan daya tahan perniagaan serta meningkatkan keupayaan untuk terus maju dan berkembang.

“Bank Muamalat komited untuk membantu usahawan mikro melangkah ke tahap yang lebih tinggi bagi menyokong agenda kerajaan dalam membina ekosistem keusahawanan yang menyeluruh dan kondusif.

“Melangkah ke hadapan, Bank Muamalat sedang meneroka peluang untuk bekerjasama dengan pihak ketiga seperti kerajaan negeri, koperasi, institusi pengajian tinggi dan lain-lain bagi meluaskan lagi akses program iTEKAD dan solusi komprehensif perniagaan Bank Muamalat kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Terdahulu, Majlis penyerahan sijil geran iTEKAD Bank Muamalat kepada usahawan mikro terpilih ini telah diadakan di Karnival Celik Kewangan Pahang yang turut dihadiri oleh, Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan, Bank Negara Malaysia, Nor Rafidz Nazri.

Related Posts

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

KUDAT – Taman Tun Mustapha (TTM) kini berada di landasan penting untuk muncul antara kawasan perlindungan marin bertaraf dunia apabila berjaya memasuki fasa penilaian bagi pengiktirafan International Union for Conservation…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menahan dua lelaki warga Indonesia dipercayai tinggal melebihi tempoh dibenarkan di negara ini dalam satu operasi penguatkuasaan di sebuah tapak pembinaan rumah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi