Lemon Law: Kerajaan pertimbang tuntutan pampasan ganti rugi lebih besar

KUALA LUMPUR – Dalam usaha melindungi pengguna dalam urusan pembelian kenderaan, kerajaan mempertimbangkan kenaikan had tuntutan pampasan ganti rugi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) daripada RM50,000 kepada jumlah yang lebih besar.

Oleh itu, cadangan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) kepada Dewan Rakyat supaya had maksimum dinaikkan sehingga RM150,000 dipersetujui sebagai nilai yang wajar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, menerusi laporan awal Kementerian Perdangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung ‘Lemon Law’, had RM50,000 merupakan salah satu daripada empat komponen utama isu berbangkit yang perlu ditambah baik.

Menurutnya, Akta Pelindungan Pengguna 1999 (Akta 599) seksyen 98(1) sendiri telah dipinda sebanyak dua kali daripada had asal tuntutan pampasan ganti rugi hanya RM10,000 sejak undang-undang tersebut diwujudkan.

“Akta 599 Seksyen 98 (1) memang menetapkan bahawa had RM50,000 kalau kita lihat sejak diwujudkan, dah dua kali dipinda, asalnya hanya RM10,000, tahun 2003 dipinda kepada RM25,000 dan RM50,000 pada 2019.

“Saya bersetuju dengan Jempol bahawa melihat kepada realiti dan tuntutan semasa, sememangnya had nilai tersebut (RM150,000) adalah perkara yang perlu untuk diperkukuhkan dan ditambah baik,” katanya menjawab soalan tambahan ketika Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan, di Dewan Rakyat pada Rabu.

Sebelum itu, Shamshulkahar menggesa agar perlaksanaan ‘Lemon Law’ disegerakan memandangkan ia dibangkitkan sejak 2007 lagi oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Katanya, masalah utama berlaku melibatkan had tuntutan pampasan tribunal hanya maksimum RM50,000 dan ke bawah yang tidak mampu menampung kerugian melibatkan kerosakan kenderaan baharu yang lebih mahal.

Sumber: Astro Awani

Related Posts

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan akan memasukkan elemen citra Sabah dalam kurikulum baharu bagi murid Darjah Satu dan pelajar Tingkatan Satu bermula tahun hadapan Menterinya, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63