Serangan lalat berpunca dari ladang ternakan besar – Veterinar P.Pinang

NIBONG TEBAL – Masalah serangan lalat di beberapa kawasan di Sungai Bakap, Pulau Pinang adalah berpunca daripada penternak berskala besar yang dikhuatiri menjejaskan kualiti makanan seterusnya mengundang masalah kesihatan terhadap pelanggan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP), Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata, masalah itu semakin memburuk apabila tiba waktu ayam ternakan untuk dijual – dengan kira-kira 100,000 ayam disembelih dalam satu masa sehingga menyebabkan serangan lalat berlaku, khususnya selepas proses pembersihan.

“Saya rasa masalah lalat yang bermusim ini bukan daripada penternak kecil, tetapi kebanyakannya daripada penternak besar, terutama apabila ayam cukup tempoh untuk dijual.

“Semasa mereka membuat penangkapan ayam untuk dinaikkan ke atas lori, biasanya mereka akan menyembur air, jadi basahlah. Itu salah satu sebab berlakunya serangan lalat,” katanya pada sidang media di sebuah ladang ternakan di Sungai Bakap, hari ini.

Mengulas lanjut, Saira memaklumkan kerajaan negeri telah melaksanakan garis panduan yang ketat bagi operasi ladang ternakan, berdasarkan Enakmen Perladangan Unggas (Pulau Pinang) 2020 dan Peraturan-peraturan Pengawalan Unggas (Negeri Pulau Pinang) 2022 – yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Selain tindakan kompaun, JPVPP juga telah menasihatkan penternak untuk membuat semburan lalat berjadual terutamanya semasa proses pengeluaran ayam serta melaksanakan pembersihan najis segera.

“Kita belum sampai tahap untuk meminta mereka menutup ladang sebab mereka pun nak mencari rezeki. Asalkan mereka menternak di kawasan yang jauh sedikit dengan penduduk atau perumahan, dan mereka memastikan semburan atau penggunaan mikroorganisme efektif (EM) dan kawasan itu tidak mempunyai kawasan bertakung atau najis yang basah yang boleh menyebabkan masalah lalat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan masalah lalat sinonim dalam kalangan penduduk yang menetap di Sungai Bakap sejak bertahun lalu dan tidak dapat dihindari.

Biarpun berlaku mengikut musim tertentu namun isu itu tetap merisaukan masyarakat, terutamanya peniaga kecil kerana gangguan lalat dikhuatiri menjejaskan kualiti makanan seterusnya mengundang masalah kesihatan terhadap pelanggan.

Sementara itu, beliau mengharapkan agar penternak kecil menggunakan sistem ladang tertutup walaupun kos untuk melaksanakan perkara itu amat tinggi.

Ditanya jika jabatannya ada mengenal pasti penternak kecil yang mungkin tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, Saira berkata, beliau belum ada maklumat berkenaannya.

Beliau bagaimanapun berkata, penternak kecil dinasihati untuk menggunakan sistem ladang tertutup, namun maklum mereka mungkin belum mampu untuk melaksanakannya.

“Kalau bawah 10,000 (ternakan), memang tak sesuai untuk kita nak minta mereka buat sistem tertutup sebab kosnya menelan jutaan ringgit.

“Sebab itu kita nasihatkan mereka untuk tumpu kepada penyelenggaraan secara kerap. Setakat ini, kita tidak menerima laporan ada penternak kecil langgar peraturan,” katanya.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka