Purata pendapatan pekebun kecil getah meningkat 40 peratus

KUALA LUMPUR – Purata pendapatan pekebun kecil getah meningkat kepada RM436 sebulan iaitu peningkatan sebanyak 40 peratus setakat Mei lepas, hasil pelaksanaan Program Agromakanan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen memaklumkan, berbanding Disember tahun lepas, pendapatan pekebun kecil getah adalah sebanyak RM238 sebulan bagi seorang peserta.

“Selain itu, bagi memastikan perancangan sasaran purata peningkatan pendapatan peserta Program Agromakanan mencapai RM500 sebulan menjelang akhir 2025 tercapai, kementerian melalui Risda menyediakan latihan asas keusahawanan dan latihan teknikal kemahiran.

“Ia meliputi pengurusan perniagaan dan pengurusan perakaunan kepada peserta projek melalui pelbagai kursus jangka pendek dan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” menurut KKDW bagi menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) yang ingin tahu purata peningkatan pendapatan pekebun kecil terkini hasil pelaksanaan Program Agromakanan Risda.

Soalan itu turut menyebut setakat Disember 2023 purata pendapatan pekebun kecil getah berada pada tahap RM238 sebulan dan Wan Hassan juga ingin tahu perancangan kerajaan dalam memastikan sasaran purata peningkatan RM500 sebulan menjelang akhir 2025 tercapai.

KKDW memaklumkan bagi tahun ini, sebanyak RM2 juta diperuntukkan dengan sasaran hampir 1,000 peserta Program Agromakanan di seluruh negara Malaysia diberikan bimbingan, lapor Bernama.

“Sehingga Mei 2024, sebanyak 14 siri kursus jangka pendek dan TVET telah dilaksanakan manakala baki sebanyak 30 siri kursus lagi akan dilaksanakan sehingga November ini,” menurut KKDW.

Sementara itu, menjawab soalan Rodziah Ismail (PH-Ampang) mengenai signifikan penubuhan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM), KKDW memaklumkan pelaksanaan jawatankuasa itu di Sabah dan beberapa negeri di Semenanjung tidak akan mengakibatkan pertindihan kerja dan kos atau mengelirukan masyarakat.

“Penubuhan JKDM ini bertujuan untuk membantu kementerian dalam melaksanakan usaha-usaha pembangunan komuniti luar bandar. JKDM ini akan bekerjasama rapat dengan pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk memainkan peranan sebagai agen perubahan bagi menyelaras pelbagai aktiviti atau program berbentuk pembangunan sosioekonomi sekali gus membasmi kemiskinan tegar masyarakat luar bandar.

“Justeru, penubuhan JKDM oleh kementerian secara tidak langsung akan membawa nilai tambah kepada pelaksanaan sedia ada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri-negeri berkaitan,” menurut KKDW.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

KUALA LUMPUR – Semua pemberi perkhidmatan media sosial berlesen diwajibkan melaksanakan mekanisme pengesahan umur menggunakan dokumen rasmi bagi memastikan hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar dan memiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sebanyak 323 buah basikal sewa dalam operasi Tindakan Khas Pengusaha Basikal tanpa lesen dan Halangan Tempat Awam di sekitar Jalan Tembeling,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa