Misi ‘balas dendam’ Bersatu berhasil

UMUM tahu sejak dari Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu (KKB), Mei lalu, pergeseran antara PAS dan Bersatu sudah menjadi ‘cakap-cakap’ dalam kalangan peminat politik serta masyarakat.

Sudah tentu ketika itu yang lebih tahu adalah pengundi di PRK KKB yang melihat sendiri suasana jentera kempen Perikatan Nasional (PN) di sana.

Mana tidaknya, pada hari penamaan calon pemimpin-pemimpin utama PAS tidak kelihatan manakala sepanjang tempoh kempen jentera PAS juga tidak ramai serta tidak bekerja keras bagi memenangkan calon.

Dengar ‘cakap-cakap’ pada waktu itu PAS mahu meletakkan calon di kerusi itu dan mungkin disebabkan calon Bersatu yang bertanding, maka mereka seolah-olah ‘memboikot’ PRK berkenaan.

Akhirnya ia memberi kelebihan kepada calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menewaskan calon PN, Khairul Azhari Saut dan dua lagi calon dari PRM serta bebas.

Kini sudah lebih seminggu tempoh kempen di PRK Sungai Bakap, ia seolah menggambarkan calon PAS di sini berhadapan dengan situasi yang sama seperti calon PN di PRK KKB.

Sejak dari awal hari penamaan calon, tidak dilihat pimpinan utama Bersatu hadir dan sukar dilihat keberadaan jentera Bersatu membantu kempen.

Ceramah Perdana atau kelompok hanya dihadiri pemimpin ‘biasa-biasa’ Bersatu.

Apa pula kata pemimpin dan penyokong parti komponen PN jika Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin langsung tidak hadir, maka mantan PM ke-8 itu hadir dalam satu ceramah perdana, Jumaat lalu.

Namun begitu ia turut mengecewakan apabila Muhyiddin bersama pimpinan utama Bersatu lain bergegas meninggalkan pentas ketika Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man baru memulakan ucapan.

Rahsia umum di PRK KKB kini sudah pun dirasai oleh pengundi PRK Sungai Bakap yang bakal memilih pada 6 Julai ini.

Sudah tentu ia keputusan yang amat penting iaitu memilih calon Kerajaan Perpaduan, Cikgu Joohari bagi memastikan nasib penduduk tempatan terbela.

Bagi Bersatu pula, itu semua tidak penting kerana misi balas dendam mereka sudah pun berhasil.

Mungkinkah ‘dendam’ ini akan berlarutan di PRK Nenggiri?

Related Posts

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PUTRAJAYA – Penggantungan kegiatan Perikatan Nasional (PN) seharusnya dilihat melangkaui kerangka ‘kerajaan menekan pembangkang’ dengan meneliti perkara itu sebagai isu kedaulatan undang-undang dan tadbir urus organisasi politik. Penganalisis sosiopolitik, keselamatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

PUTRAJAYA – Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyelar sikap segelintir pihak yang lupa diri terhadap jasa pemimpin selepas tidak lagi berkuasa, termasuk berubah pendirian terhadap individu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

PN perlu jawab isu tadbir urus sebelum dakwa tindakan RoS tekanan politik

Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Lelaki dipenjara 10 bulan miliki 600 liter petrol tanpa permit

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

346 sampel sayur dikesan langgar had residu racun perosak sepanjang RMKe-12

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Kes maut wanita OKU: Bapa dan anak lelaki ditahan reman

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

Murid Tahun Empat meninggal dunia selepas digilis lori

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja

‘Ketika di atas tunduk, bila di bawah bongkak’ – Peja