PM kagum, bangga dan terkesan dengan filem Sheriff Narko Integriti

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa kagum, bangga dan terkesan dengan filem Sheriff Narko Integriti yang ditonton beliau pada malam tadi.

Beliau berkata filem itu sarat dengan mesej mendalam mengenai peranan agensi penguatkuasa dalam negara dan pada masa sama, memuji penerbitan filem Melayu yang semakin maju serta kreatif.

“Cerita ini papar kelemahan dalam suatu pasukan tapi juga ada kekuatannya dalam Malaysia (penguatkuasa) iaitu tidak kurang orang yang sangat mempertahan integriti serta menolak kecurangan seperti gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian selepas menonton tayangan khas filem itu di pawagam GSC di sini.

Terdahulu, Anwar bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meluangkan masa kira-kira dua jam setengah menonton filem itu.

Beliau berkata filem arahan Syafiq Yusof itu turut membuka lebih banyak ruang kepada kerajaan dan kementerian untuk menyemarakkan industri perfileman negara.

“Kalau inilah prestasi yang kita capai pada masa depan, dunia perfileman Melayu itu sangat cerah.

“Pihak kerajaan dan agensi terkait akan beri kerjasama untuk memungkinkan kreativiti serta menyemarakkan penyuburan seni seterusnya memungkinkan daya cipta dan kreatif,” katanya.

Anwar turut menggesa mana-mana pihak yang belum menonton Sheriff Narko Integriti agar berbuat demikian dengan mengambil kira keupayaan filem itu yang membanggakan.

Hadir sama pelakon Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Aaron Aziz serta Elizabeth Tan dan penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim yang turut mengetengahkan bakatnya menerusi filem itu. – Bernama

Related Posts

Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka
  • AdenAden
  • August 26, 2026

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas