SEMPORNA – Sebanyak 112 rumah penduduk yang terjejas akibat angin kencang yang berlaku awal pagi Ahad di beberapa perkampungan atas air sekitar Semporna mendapat perhatian segera Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sulabayan, Datuk Abdul Hajan Gurimbang.
Abdul Hajan berkata, pihaknya telah membuat penilaian dan akan berusaha untuk menghantar bantuan kepada seluruh mangsa yang terlibat dalam bencana itu.
“Penilaian kasar sudah dilakukan bagi memastikan penduduk terjejas menerima bantuan yang diperlukan selain peralatan asas termasuk peralatan membaiki rumah.
“Rumah mereka telah roboh dan kita terpaksa mencari penempatan sementara dan peralatan membina rumah seperti papan dan zink untuk kita salurkan kepada mangsa yang terlibat ini,” katanya kepada media selepas meninjau empat perkampungan atas air yang terjejas angin kencang.
Empat perkampungan terlibat adalah Kampung Seri Aman, Kampung Batu, Kampung Selamat dan Kampung Sejati.
Pada Ahad, media melaporkan sebanyak 112 rumah, sebuah masjid, sebuah surau dan Pusat Pembangunan Kemanusiaan Kanak-kanak serta 20 buah kenderaan dilaporkan rosak akibat angin kencang yang melanda perkampungan atas air di Semporna.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman dalam kenyataan medianya turut melaporkan berlakunya kejadian litar pintas berikutan wayar putus akibat bencana alam terbabit.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi
KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…
Lebih lanjut




