Yang disalah hentam itu siapa?

SATU daripada tulisan saya dalam ruangan ini semalam – “Analogi: Jangan Tersalah Hentam” menerima banyak pertanyaan daripada pembaca.

Alhamdulillah, itu perkembangan yang sangat baik dan menunjukkan pembaca tidaklah hanya membacanya sepintas lalu, sebaliknya cuba menganalisis.

Kita memerlukan pembaca yang bersikap sedemikian – membaca, menganalisis, dan merujuk sumber utama penulisan sekiranya dapatan itu kurang meyakinkan.

Berbalik kepada pertanyaan itu dua soalan yang dominan – “Siapakah yang disalah hentam?” dan “Adakah itu sekadar kisah penoreh getah yang getah skrapnya dicuri?”

Apabila hal pertama itu dikemukakan sehingga menjadi pertanyaan dominan bermakna pembaca dapat melihat lapis kedua mesej yang mahu dihantar oleh penulis.

Pertanyaan yang kedua itu pula apabila juga kerap dikemukakan, menunjukkan bahawa pembaca dapat mengesan ada makna lain; bukan sekadar kisah biasa-biasa.

Benar, kisah itu kisah besar yang perlu dijadikan iktibar oleh rakyat. Saya jawab soalan kedua dahulu – kisah itu melampaui episod kecurian getah skrap.

Itu peringatan kepada rakyat bahawa terlalu banyak kes kecurian berlaku di negara ini dan yang jahat selalu dapat memanipulasi keadaan untuk melepaskan diri.

Penjahat licik mengambil kesempatan atas kealpaan dan sifat lurus bendul rakyat untuk melepaskan diri dan pada masa yang sama menjadikan musuhnya kambing hitam.

Dalam kisah semalam itu ada kambing hitamnya – siapa?

Siapa kambing hitam itu apabila dijawab, juga merupakan jawapan kepada pertanyaan pertama – soalan yang paling dominan – yang dikemukakan oleh pembaca.

Yang dihentam sampai lembik, disangka sebagai penjahat, dikatakan menzalimi pemilik getah skrap itu sebenarnya Perdana Menteri sekarang – Datuk Seri Anwar Ibrahim!

Apa pula getah skrap itu?

Getah skrap hanyalah imejan. Getah skrap boleh dianalogikan sebagai hak-hak rakyat marhaen seperti pengurangan kadar cukai, pengawalan inflasi, dan sebagainya.

Dalam konteks yang lebih besar, getah skrap satu daripada komoditi negara – lambang kekayaan, namun harta negara telah dirompak oleh lanun yang sangat berkuasa.

Apabila DSAI selaku Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) cuba memperbetul kebejatan, dengan pantas lanun itu menyerang beliau; menampakkan DSAI menzalimi rakyat.

Bukan itu sahaja, lanun itulah yang terlebih dahulu membantai DSAI melalui pelbagai naratif palsu, fitnah, dan berselindung di sebalik teduhan agama dan bangsa.

Rakyat yang bijak dapat mengesan permainan itu tetapi adakah anda berada dalam kategori berkenaan?

Jika tidak, berubahlah. Sokonglah perjuangan DSAI bermula sekarang!

Related Posts

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎