Wawancara Anwar bersama CNN disunting, cipta fitnah terhadap Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Klip video yang tular di media sosial memaparkan wawancara Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama CNN seolah-olah kerajaan mengiktiraf kewujudan Israel, disunting pihak tidak bertanggungjawab bagi memberi gambaran buruk kepada Perdana Menteri.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, klip video terbabit tidak menggambarkan keseluruhan wawancara berkenaan sedangkan pendirian Malaysia kekal tidak mengiktiraf negara haram berkenaan.

Menurutnya, fitnah yang sengaja dimainkan pihak tidak bertanggungjawab itu berniat jahat dan tidak adil kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta kerajaan sudah berulang kali menyatakan pendirian Malaysia dalam memperjuangkan hak Palestin.

“Apabila kita teliti keseluruhan ataupun lebih daripada apa yang disunting, saya kenal watak-watak yang menyunting ini, memang sifat mereka adalah menyunting.

“Perdana Menteri (sendiri sebelum ini) menyatakan pendirian paling tegas kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (berhubung isu Palestin).

“Jadi bagi saya, puak yang menyunting ini, tidak kira apa sahaja yang kita buat, mereka tidak akan gembira namun penting kita tahu apa kita perjuangkan masa depan lebih baik buat Palestin,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet, di Kementerian Komunikasi, hari ini.

Fahmi berkata demikian bagi mengulas pertanyaan media mengenai penularan keratan video wawancara Anwar bersama Richard Quest dalam wawancara dengan CNN, baru-baru ini sehingga mewujudkan persepsi negatif terhadap perjuangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam memperjuangkan rakyat Palestin.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk meneliti dan membuat siasatan terhadap penularan video pendek berkenaan di platform media sosial.

“Saya tegaskan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang terutama rakan media dari membuat laporan tapi kita harus berhati-hati untuk melayan spekulasi ataupun menterjemah spekulasi seolah-olah ia adalah fakta.

“Sehubungan itu, seringkali teguran dibuat tapi sekiranya perlu kita akan pertimbang tindakan yang lebih tegas jadi saya akan minta MCMC untuk teliti,” katanya.

Related Posts

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

KUALA LUMPUR – UMNO mencatatkan peningkatan ketara keahlian apabila seramai 13,954 individu menyertai parti itu melalui sistem pendaftaran dalam talian sejak diperkenalkan pada 22 April lalu. Setiausaha Agungnya, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎