Fahmi sambut baik jaminan TikTok teliti isu buli siber di platformnya

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi menyambut baik kenyataan pengendali platform media sosial TikTok yang memberi jaminan kepada kerajaan bahawa ia akan meneliti isu buli siber, penipuan dan fitnah di platformnya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum menerima sebarang laporan menunjukkan hasil daripada jaminan yang telah diberikan kepada Perdana Menteri semasa berada di Lima, Peru itu pada Khamis.

Katanya, hasil daripada pertemuan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TikTok, Shou Zi Chew, yang mana telah disampaikan kepada pihaknya untuk memberi kerjasama yang baik kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi dalam usaha untuk memastikan internet lebih selamat termasuk dalam medan TikTok.

“Bagi platform TikTok, saya setakat ini belum menerima sebarang laporan menunjukkan hasil selain daripada kenyataan apa yang telah mereka buat jaminan, yang mereka (TikTok) berikan kepada Perdana Menteri,” katanya semasa sidang media bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan pada Khamis.

Mengulas lanjut, katanya, kegiatan buli siber itu juga menjadi sebab mengapa kerajaan berpendirian untuk kekal mengguna pakai kerangka kawal selia atau pelesenan perkhidmatan media sosial dan pesana internet berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan.

“Dalam isu buli siber, kita lihat memang pada waktu ini banyak daripada kegiatan buli siber berlegar-legar dalam beberapa platform terutama Facebook, TikTok dan Instagram.

“Inilah antara sebab mengapa kita berpendirian bermula tarikh 1 Januari 2025 ini untuk pemakaian sistem atau rejim pelesenan bagi platform-platform media sosial ini tidak boleh diubah.

“Kalau tidak ia (platform-platform media sosial) akan janji sahaja, tapi tidak buat (tiada hasil),” katanya.

Related Posts

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

CEBU – Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan minyak dan diesel negara kini berada pada tahap lebih stabil hasil pelaksanaan langkah kawalan dan pengurusan yang lebih tersusun di peringkat nasional. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

CEBU – Malaysia terus memperkukuh peranannya dalam memupuk semangat kebersamaan ASEAN, khususnya dalam usaha mengurangkan jurang pembangunan antara negara anggota menerusi Sidang Kemuncak ASEAN, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

Bazar Gawai Agro Tamu Medamit 2026 bukti perpaduan dan sokongan CSR terus kukuh

PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

PBSM Kuching santuni pesakit, raikan bayi 8 Mei di HUS

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

Bekalan minyak negara lebih stabil hasil langkah kawalan ketirisan

Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

Malaysia perkukuh semangat ASEAN, rapatkan jurang pembangunan serantau

Naratif ketakutan kaum dilihat strategi retorik politik Tun M – Penganalisis

Naratif ketakutan kaum dilihat strategi retorik politik Tun M – Penganalisis

Reda dengan pemecatan ini – Abdul Razak

Reda dengan pemecatan ini – Abdul Razak