Warga Lahad Datu disaran beli pemadam api cegah kebakaran, elak rugi besar

LAHAD DATU – Warga Lahad Datu disaran untuk membeli alat pemadam api dalam usaha pencegahan awal sekali gus mengurangkan kerugian apabila berdepan situasi kebakaran. 

Demikian saranan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berikutan terdapat kebakaran rumah di sekitar Lahad Datu dalam tempoh kurang 24 jam pada Khamis. 

“Pada 19 September (Khamis), tepat pukul 9.40 malam sebuah rumah terbakar di Tanjung Labian yang terletak sejauh 122 kilometer (km) dari BBP Lahad Datu sementara kebakaran kedua pada Jumaat pukul 6.53 petang iaitu di Kampung Batu 21, Jalan Lahad Datu-Kunak.

“Terdapat beberapa persamaan di antara kedua-dua kes tersebut antaranya rumah diperbuat daripada kayu, jarak yang jauh dari balai bomba, saiz rumah yang besar dipercayai mengalami kerugian besar dan terrdapat penghuni semasa kebakaran mula berlaku,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu. 

Menurut Sumsoa, kejadian kebakaran itu memberi satu pengajaran kerana siasatan awal mendapati terdapat usaha dari penghuni untuk memadam kebakaran di peringkat awal namun tidak berjaya susulan ketiadaan medium pemadaman sesuai yang tersedia di rumah masing-masing.

“Sekiranya pemilik rumah  menyediakan sekurang-kurangnya sebiji alat pemadam api, dipercayai kerugian ratusan ribu ringgit dapat dielakkan. 

“Dengan bermodalkan tidak sampai RM200 untuk membeli sebiji alat pemadam api ia mampu memberi jaminan bahawa kerugian besar tidak akan berlaku atau dapat dikurangkan,” ujarnya.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran