Warga emas rugi RM158,000, diperdaya ‘phone scam’ menyamar polis dan syarikat insurans

IPOH – Seorang lelaki warga emas kerugian sebanyak RM158,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian atau phone scam yang menyamar sebagai wakil syarikat insurans dan pegawai polis, dalam kejadian yang berlaku pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa berusia 73 tahun itu tampil membuat laporan polis selepas menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan.

Menurut beliau, mangsa pada mulanya menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil sebuah syarikat insurans, memaklumkan kononnya terdapat tunggakan bayaran atas namanya.

“Panggilan tersebut kemudian disambungkan kepada individu lain yang mendakwa sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Mangsa diberitahu bahawa dia terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan lebih RM2 juta dan kononnya waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Tambah beliau, suspek mengugut mangsa dan mengarahkannya membuat pelbagai transaksi ke beberapa akaun bank sebagai jaminan diri dan kononnya untuk tujuan siasatan dalaman.

“Dalam keadaan panik dan takut, mangsa membuat pemindahan wang ke-12 akaun bank berbeza seperti yang diarahkan, dengan jumlah keseluruhan kerugian mencecah RM158,000,” jelasnya.

Mangsa yang mula meragui kesahihan dakwaan berkenaan kemudian tampil membuat laporan polis dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Polis sedang giat mengesan pemilik kesemua akaun bank yang digunakan dan individu-individu yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu tidak dikenali, khususnya yang mendakwa mewakili agensi penguat kuasa atau institusi kewangan.

“Jangan panik atau terpedaya dengan sebarang dakwaan yang mencurigakan. Hubungi terus pihak berkuasa untuk pengesahan,” tegasnya.

Related Posts

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

MANJUNG – Taktik licik sebuah premis perniagaan kayu dijadikan pusat transit diesel bersubsidi akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 5,070 liter minyak diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik