Vietnam kini ‘Raja Bolasepak Asean’

GELARAN ‘Raja Bolasepak Asean’ menjadi milik Vietnam apabila mereka menumbangkan juara bertahan, Thailand 5-3 secara agregat selepas aksi final kedua Piala Asean 2024 di Stadium Rajamangala, Bangkok, malam tadi.

Ini menyaksikan skuad ‘Naga Emas’ merangkul gelaran ketiga dan memenangi edisi kali ini tanpa melakar sebarang kekalahan.

Kemenangan ini turut membolehkan mereka membalas dendam selepas terlepas gelaran edisi lalu apabila mereka tewas 2-3 secara agregat di tangan lawan sama.

Pada aksi itu, Vietnam yang mendahului 2-1 secara agregat tidak menunggu lama membuka jaringan seawal minit kelapan apabila Pham Tuan Hai menyudahkan hantaran Phan Xuan Manh.

Bagaimanapun, Ben Davis mengikat kedudukan pada minit ke-28 dan keputusan 1-1 kekal hingga tamat babak perlawanan.

Bersambung babak kedua, Thailand mendahului menerusi jaringan Supachok Sarachat pada minit ke-68 sebelum mereka beraksi dengan 10 pemain selepas Weerathep Pomphan dilayangkan kad merah pada minit ke-74.

Malang berganda buat Thailand apabila Pansa Hemviboon menjaringkan gol sendiri pada minit ke-83 sekali gus untuk Vietnam mendahului 4-3 secara agregat.

Nguyen Hai Long mematikan sisa kebangkitan Thailand apabila meledak gol ketiga Vietnam pada minit ke-20 masa tambahan separuh masa kedua untuk mereka menoktahkan kemenangan 5-3 secara agregat.

Related Posts

Lima pemain bintang MU bakal dilepas hujung musim

MANCHESTER United dilaporkan bersedia melepaskan lima pemain mereka apabila jendela perpindahan musim panas dibuka. Skuad The Red Devils ketika ini sedang meneruskan misi memburu tiket ke saingan Liga Juara-Juara selepas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea kalah tipis di tangan Newcastle

NEWCASTLE United menambah derita Chelsea apabila menewaskan tuan rumah 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Jaringan balas pantas Anthony Gordon pada babak pertama sudah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan