DATUK Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas kejayaan atlet boling wanita Natasha Roslan merangkul kejuaraan pada Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong, malam tadi.
“Hebat! Memang luar biasa! Natasha Roslan melakar sejarah menjadi pemain boling wanita pertama negara menjuarai Piala Dunia. Pencapaian saudari luar biasa dan sangat membanggakan,” katanya dalam hantaran Facebook.
Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada Rafiq Ismail yang mendapat pingat perak bagi acara perseorangan lelaki pada kejohanan sama.
“Moga kejayaan kedua-dua individu ini menjadi sumber inspirasi kepada yang lain untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan dunia!,” katanya.
Kejayaan Natasha dan Rafiq turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Menerusi laman sosial X, Yeoh mengucapkan tahniah kepada pemain negara itu.
“Congratulations Natasha!,” katanya.




