Utara Gaza terus dibedil, 50 orang korban terbaharu

GAZA – Sekurang-kurangnya 50 rakyat Palestin terbunuh pada Khamis termasuk tiga kakitangan perubatan dan pekerja, dalam serangan udara Israel ke atas sebuah bangunan yang terletak berhampiran dengan Hospital Kamal Adwan di utara Semenanjung Gaza.

“Terdapat hampir 50 orang syahid, termasuk tiga kakitangan perubatan kami, di bawah runtuhan sebuah bangunan di seberang Hospital Kamal Adwan di kawasan Beit Lahia selepas ia dibom oleh jet pejuang Israel,” kata Hussam Abu Safia, pengarah hospital tersebut, dalam satu kenyataan.

Abu Safia menjelaskan bahawa kesemua kakitangan perubatan dan pekerja yang berada di bangunan yang disasarkan itu tinggal di sana bersama keluarga mereka.

Beliau mengenal pasti kakitangan yang terbunuh sebagai Ahmed Samour, seorang pakar pediatrik; Israa, seorang juruteknik makmal dan Fares, seorang juruteknik penyelenggaraan di hospital tersebut.

Tentera Israel melancarkan operasi pemusnahan besar-besaran dengan menyasarkan bangunan-bangunan yang masih berdiri di beberapa kawasan di utara Semenanjung Gaza, menurut saksi, lapor Anadolu.

Pengeboman turut dilakukan di beberapa lokasi, terutamanya di sekitar Hospital Al-Awda dan Kamal Adwan, kata saksi.

Tambahnya pemusnahan itu dilaksanakan menggunakan ‘robot bahan letupan’ yang ditanam di sekitar bangunan kediaman sehingga menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

Saluran 13 Israel melaporkan bahawa bunyi letupan daripada operasi pemusnahan itu dapat didengar di Tel Aviv dan kawasan sekitarnya.

“Jenayah Israel itu jelas tertumpu di kawasan kejiranan kediaman, menara dan blok, sebagai sebahagian daripada genosid yang sedang berterusan oleh tentera penjajah di utara Gaza.

“Selepas lebih 80 hari pencerobohan yang tiada kesudahan terhadap utara Gaza, jumlah korban telah melebihi 4,800 orang, termasuk yang hilang, bersama lebih 12,500 cedera dan lebih 1,900 ditahan,” kata Ismail Al-Thawabta, ketua pengarah Pejabat Media Kerajaan di Gaza.

Al-Thawabta menegaskan bahawa pencerobohan Israel yang sedang berlangsung ini mensasarkan orang awam dan infrastruktur, memusnahkan elemen penting kehidupan termasuk hospital, sekolah, rumah dan kemudahan utama.

Beliau menyeru masyarakat antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan semua pihak berkaitan untuk campur tangan segera bagi menghentikan perang kejam ini dan membawa pemimpin penjajah ke muka pengadilan atas jenayah kemanusiaan yang dilakukan.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini