Utamakan Fiqh berbanding ‘showmanship’ dalam Qiraat

KUANTAN – Fenomena segelintir ‘imam muda’ yang ghairah menonjolkan kepelbagaian riwayat bacaan (qiraat) dalam solat berjemaah perlu diberi pertimbangan sewajarnya.

Ini kerana, di sebalik keindahan seni suara dan ketelitian tajwid, timbul kebimbangan mengenai tahap kefahaman mereka terhadap Ilmu Fiqh Da’wah serta kesan bacaan itu terhadap penilaian masyarakat awam.

Prinsip Ibn Hajar: Antara Wahyu dan Realiti Sosial

Mengulas mengenai isu ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berkata, prinsip dibawa al-Imam Ibn Hajar al-Haytami wajar dijadikan rujukan utama.

Walaupun Ibn Hajar secara dasarnya tidak mengharamkan qiraat yang sah – malah mengiktiraf semua qiraat mutawatir sebagai wahyu yang benar – beliau sangat tegas dalam menerapkan kaedah Sadd al-Dhara’i atau menutup pintu-pintu yang boleh membawa kepada kerosakan.

“Dalam fatwa-fatwanya, Ibn Hajar menjelaskan sesuatu amalan yang asalnya berstatus harus, boleh bertukar menjadi dilarang.

“Ia menjadi sedemikian sekiranya mendatangkan perkara seperti fitnah dalam kalangan jemaah, kekeliruan terhadap kesucian teks al-Quran dan sangkaan salah terhadap agama di sisi orang awam,” katanya.

Mendahulukan Maslahah Ummah

Berdasarkan manhaj tersebut, ujar Ahmad Irshadi yang juga pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pekan, para ilmuwan mengingatkan bahawa membaca qiraat yang tidak masyhur di sesebuah negeri (seperti selain riwayat Hafs di Malaysia) perlu dilakukan dengan penuh hikmah.

Ini bagi mengelakkan salah faham atau kekeliruan jika bacaan itu menimbulkan pandangan oleh orang awam (menuduh) bacaan imam itu salah.

Ia juga bagi menghindarkan daripada timbul persepsi berlaku penambahan atau perubahan dalam al-Quran hingga membawa risiko pertelingkahan dan perpecahan sesama jemaah.

“Maka, tindakan meninggalkan bacaan (qiraat) sebegitu adalah lebih utama… prinsip fiqh sangat jelas melalui kaedah Dar’ul mafasid muqaddamun ‘ala jalbil masalih (Menolak kerosakan adalah lebih utama daripada mengejar suatu kemaslahatan),” ujarnya.

Beliau menjelaskan, tujuan asal imam adalah memimpin solat dengan tenang, bukannya menjadikan mihrab sebagai pentas untuk membuktikan siapa yang ‘terpaling handal’ dalam ilmu qiraat sehingga mengabaikan sensitiviti ilmu fiqh.

“Seorang imam yang faqih (faham agama) seharusnya lebih mementingkan kesatuan hati jemaah berbanding menunjukkan kehebatan teknikal bacaan yang boleh mengelirukan orang ramai,” katanya.

Related Posts

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Sarawak telah memohon 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

KABONG – Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk dalam satu program yang berlangsung pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil