Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

JOHOR BAHRU – Malaysia terus mengekalkan bekalan bahan api tanpa melaksanakan catuan meskipun beberapa negara berdepan tekanan bekalan akibat krisis global, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, terdapat negara jiran yang sudah melaksanakan catuan bahan api, malah ada yang menutup sehingga 400 stesen minyak akibat kekurangan bekalan.

“Minyak RON95 diberikan dengan kos yang paling rendah di dunia RM1.99 seliter. Harga diesel tinggi tetapi untuk petani, nelayan, bas sekolah, pengangkutan semuanya diturunkan.

“Berapa kos RON95 negara jiran? Ada yang mencecah RM10.50 seliter, ada yang RM4, ada yang RM6. Kita berapa? RM1.99,” katanya sambil menjelaskan kerajaan menanggung subsidi berbilion ringgit setiap bulan bagi memastikan rakyat tidak terbeban.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Pusat Tingkatan Enam di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, di sini, semalam.

Menurut Anwar, kestabilan bekalan bahan api negara turut diperkukuh melalui langkah awal kerajaan termasuk penyasaran subsidi serta hubungan diplomatik dengan Iran yang membolehkan laluan bekalan melalui Selat Hormuz terus berjalan.

“Mana ada negara yang dilepaskan tangki minyak melalui Selat Hormuz. Itu pun ada pemimpin parti politik pembangkang cakap tak ada lalu Selat Hormuz, inilah tidak ada sikap tawaduk untuk mencari fakta,” katanya.

Beliau berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lalu turut memutuskan penambahan anggota penguat kuasa bagi memperketat kawalan sempadan negara susulan peningkatan kes penyeludupan bahan api.

“Minyak kita terlalu murah dan penyeludupan terlalu tinggi, bila seludup ini maknanya wang negara keluar jadi kita terpaksa kawal kerana berbilion ringgit hilang kerana penyeludupan,” katanya.

Tambahnya, kerajaan turut memberi taklimat kepada pimpinan negeri termasuk menteri, ketua menteri, menteri besar dan Premier Sarawak bagi menyelaras tindakan menghadapi situasi semasa.

Dalam pada itu, Anwar menasihati rakyat supaya memahami perkembangan ekonomi dan geopolitik global agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tidak tepat di media sosial.

Beliau turut memaklumkan bahawa krisis bekalan global turut menyebabkan Australia meminta pertimbangan bekalan diesel daripada Malaysia susulan pertemuan dengan Perdana Menteri negara itu, Anthony Albanese, dalam lawatan rasmi ke negara ini baru-baru ini.

Related Posts

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

PUTRAJAYA – Cadangan Indonesia untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui Selat Melaka disifatkan tidak relevan serta bercanggah dengan prinsip yang termaktub dalam United Nations Convention on the Law…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah