Lelaki dikhuatiri lemas di Empangan Sultan Azlan Shah, seorang lagi berjaya diselamatkan

IPOH – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, di sini pada Jumaat, manakala seorang lagi berjaya diselamatkan dalam kejadian lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung insiden berkenaan kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tambun (BBP) digerakkan ke lokasi sejurus menerima maklumat kejadian.

“Seorang mangsa lelaki berusia 34 tahun berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi lelaki berusia 32 tahun masih hilang dan dipercayai lemas.

“Maklumat awal daripada pihak empangan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang mangsa berada di permukaan air, manakala seorang lagi tenggelam,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, ketua operasi yang tiba di lokasi segera membuat penilaian situasi sebelum mengaplikasikan Konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan menggunakan bouya yang dibaling kepada mangsa.

“Mangsa yang berjaya diselamatkan kemudiannya dibawa naik ke pelantar setinggi kira-kira 30 kaki menggunakan sistem tali,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang tenggelam masih belum ditemui dan operasi pencarian sedang dirancang untuk tindakan susulan.

“Buat masa ini, Pos Kawalan Bomba (PKB) telah diwujudkan di lokasi termasuk penyediaan bantuan pencahayaan bagi memudahkan operasi.

“Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Perak turut digerakkan ke lokasi pagi ini bagi mempergiatkan usaha pencarian,” katanya.

Related Posts

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

MIRI – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang mendakwa Sarawak telah memohon 1,000 pekerja dari Bangladesh untuk bekerja dengan PETROS.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

KABONG – Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk dalam satu program yang berlangsung pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah