Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia terus menggerakkan pendekatan diplomasi secara senyap bagi menangani cabaran geopolitik di Selat Hormuz, khususnya melibatkan sekatan ke atas kapal tangki bahan api milik negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha berterusan itu penting bagi memastikan kepentingan strategik negara, termasuk kelangsungan bekalan tenaga dan kestabilan industri, terus terpelihara.

Beliau berkata, dua kapal tangki milik Malaysia sebelum ini berdepan sekatan selepas keluar dari Selat Hormuz, meskipun telah memperoleh kebenaran awal daripada pihak kerajaan Iran.

“Setakat ini, sebuah kapal telah selamat tiba di Pengerang, Johor, manakala sebuah lagi hampir memasuki perairan negara. Rundingan masih diteruskan bagi dua kapal yang berbaki,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, pendekatan yang diambil bukan bersifat dramatik atau berorientasikan publisiti, sebaliknya menumpukan kepada hasil melalui rundingan berterusan di pelbagai peringkat.

“Ia merupakan penglibatan yang sabar dan berterusan,” katanya merujuk kepada komunikasi beliau dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, serta penglibatan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan, bersama rakan sejawatnya dari Iran, Abbas Araqchi.

Anwar berkata, usaha diplomasi berkenaan turut disokong pegawai kerajaan yang bekerja tanpa henti bagi memastikan saluran komunikasi kekal terbuka dan berkesan.

Tegasnya, pendekatan itu membuahkan hasil nyata, termasuk memastikan bekalan tenaga negara tidak terjejas.


“Inilah bentuk usaha yang memastikan bekalan tenaga kita terus mengalir, industri kekal beroperasi dan kehidupan rakyat stabil,” katanya.


Perdana Menteri turut mengulangi pendirian bahawa ketegasan Malaysia dalam isu melibatkan Iran dan Gaza sebelum ini telah membuka ruang diplomatik yang signifikan.


Beliau menjelaskan, Malaysia tidak perlu menjadi suara paling lantang di pentas antarabangsa, sebaliknya perlu menjadi rakan yang diyakini.


Sehubungan itu, Anwar berkata, diplomasi berprinsip perlu diukur berdasarkan hasil yang dicapai, bukan sekadar kenyataan.

Related Posts

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

PUTRAJAYA – Wujud keperluan mendesak bagi perlindungan sosial yang lebih menyeluruh apabila jumlah kemalangan serta penerima faedah di bawah skim perlindungan kendiri terus meningkat saban tahun. Sehubungan itu, Ketua Aktivis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

PRESTASI Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang diunjurkan berkembang sekitar 5.3 peratus bagi suku pertama 2026 menunjukkan ekonomi negara masih berada pada landasan yang memberangsangkan. Pengarah Program MBA Putra…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM