Usaha Cittaslow Kiulu terima sokongan Universiti Taiwan, bawa Sabah ke peta pelancongan dunia

KOTA KINABALU – Usaha menjadikan Kiulu sebagai destinasi pertama Malaysia yang diiktiraf di bawah rangkaian Antarabangsa Cittaslow kini menerima sokongan akademik antarabangsa apabila Universiti Nanhua, Taiwan tampil membantu memperkukuh kesiapsiagaan komuniti setempat ke arah pensijilan berprestij itu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai berkata, pengiktirafan sebagai ahli Cittaslow sebuah gerakan global yang memperjuang pembangunan mampan berasaskan komuniti bukan sahaja akan mengangkat profil Kiulu dalam segmen pelancongan luar bandar, malah berpotensi meletakkan Sabah dan Malaysia sebagai contoh global pelancongan mampan berasaskan komuniti.

“Kiulu sudah lama dikenali dengan kekuatan pelancongan komuniti, kerangka Cittaslow ini akan menyediakan piawaian antarabangsa yang mampu menyusun, memperkemas dan meningkatkan kualiti produk serta pengalaman pelawat.

“Kiulu sememangnya mempunyai asas pelancongan berasaskan komuniti yang kukuh. Cittaslow membantu kita menterjemahkan kekuatan ini ke dalam satu standard yang diiktiraf dunia, meningkatkan keseragaman dan mewujudkan keyakinan pasaran dalam kalangan pelawat serta pengusaha,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Rabu.

Tambah Joniston, inisiatif itu juga memberi manfaat strategik kepada Sabah dan negara melalui promosi pelancongan mampan, penciptaan peluang ekonomi baharu di luar bandar serta pemerkasaan budaya, pertanian tempatan dan warisan alam semula jadi kepada pasaran antarabangsa.

“Delegasi universiti dari Taiwan berada di Kiulu dari 10 hingga 19 Januari bagi menjalankan kursus dan program lapangan sebagai sebahagian daripada usaha menyokong persediaan pensijilan Cittaslow Antarabangsa yang pertama di Malaysia.

“Menerusi kerjasama tersebut Jabatan Pengurusan Pelancongan Universiti Nanhua menghantar pensyarah dan pelajar bekerjasama secara langsung dengan komuniti Kiulu melalui bengkel, demonstrasi praktikal serta penglibatan di lokasi pelancongan.

“Antara tumpuan utama ialah membantu pengusaha pelancongan luar bandar membangunkan produk kulinari bernilai tambah menggunakan hasil tempatan seperti ubi kayu, pisang, ubi keledek dan buah sitrus, sekali gus meningkatkan kualiti produk serta pengalaman pelawat selaras dengan prinsip Cittaslow,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu.

Universiti Nanhua merupakan Rakan Cittaslow Antarabangsa dan mempunyai pengalaman luas membimbing komuniti di Taiwan dalam melaksanakan kerangka Cittaslow dengan mengintegrasikan konsep kehidupan perlahan, makanan perlahan dan model ekonomi berasaskan komuniti.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan