Unimap perluas kerjasama di negara serumpun

PAUH PUTRA – Bagi menyokong agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi seiring dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) telah memperluaskan lagi jaringan kerjasamanya di negara serumpun Indonesia, baru-baru ini.

Langkah itu dilaksanakan menerusi pemeteraian perjanjian strategik bersama enam institusi pendidikan tinggi di Bali, Medan, Jakarta dan Sumatera Utara semasa lawatan kerja empat hari oleh Naib Canselor Unimap, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli dari 25 hingga semalam.

Menurut Zaliman, lawatan itu bertujuan mengukuhkan hubungan sedia ada serta meneroka peluang baharu kerjasama akademik melibatkan bidang kejuruteraan, TVET, perniagaan antarabangsa dan keusahawanan.

“Enam institusi pendidikan yang terlibat ialah Politeknik Negeri Bali (PNB), Universitas Udayana (UNUD), Universitas Trisakti (Usakti), Universitas Deztron Indonesia (UDI), Universitas Al-Azhar Medan (UNAZ) dan Universitas Islam Sumatera Utara (UISU),” katanya.

“Pertukaran Surat Hasrat (LoI) dilaksanakan bersama PNB dan UDI; manakala Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) diadakan bersama UNUD, UNAZ dan UISU, termasuk Perjanjian Persetujuan (MoA) antara Unimap dan UNAZ bagi pelaksanaan skim diskaun pelajar.

“Lawatan ke Usakti pula ibarat menyantuni sahabat lama kerana MoU telah ditandatangani sejak tahun 2021 dan masih diteruskan menerusi inisiatif kolaborasi yang lebih berfokus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Turut serta dalam delegasi ialah Pengarah Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Madya Dr. Rozyanti Rahman; Pengarah Pusat Libatsama Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Umi Fazara Md. Ali; dan Profesor Adjung R. Vithyacharan.

Lawatan ke PNB di Jimbaran pada hari pertama memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai program pascasiswazah fleksibel dalam kejuruteraan dan TVET, khusus untuk pensyarah dan pelajar institusi tersebut.

“PNB berminat terhadap laluan pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah yang ditawarkan secara komprehensif, sejajar dengan usaha meningkatkan keupayaan akademik dan penyelidikan dalam kalangan warga institusi tersebut.

“Selain itu, Unimap turut memperkenalkan kampus satelitnya di Cyberjaya sebagai platform kerjasama antarabangsa yang turut menarik perhatian PNB dari segi kemudahan dan peluang mobiliti pelajar,” jelasnya.

Dalam lawatan ke UNUD pula, perbincangan memfokuskan kepada memperkukuh kerjasama sedia ada antara fakulti kejuruteraan kedua-dua universiti selain meneroka potensi kolaborasi baharu dalam bidang keusahawanan dan perniagaan antarabangsa.

“Saya turut mencadangkan penyediaan program lanjutan yang fleksibel bagi pelajar dan tenaga akademik UNUD melanjutkan pengajian ke peringkat kedoktoran.

“Kedua-dua institusi juga perlu merancang pelaksanaan projek penyelidikan bersama dengan memanfaatkan kepakaran gabungan untuk memberi impak kepada pembangunan ilmu dan industri,” ujarnya.

Lawatan Unimap turut diteruskan ke Usakti di Jakarta, sebelum berkunjung ke tiga institusi di Sumatera iaitu UNAZ, UISU dan UDI bagi meneruskan agenda kolaborasi strategik dua hala.

Terdahulu, delegasi ini turut berkunjung ke UC Silver Gold, sebuah syarikat peruncit dan pengeluar barang kemas terbesar di Bali bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang kejuruteraan bahan, TVET dan keusahawanan kreatif.

Malah, mereka turut diberi peluang menyaksikan sendiri proses pembuatan barang kemas yang penuh ketelitian serta memahami transformasi syarikat itu daripada industri kecil kepada jenama antarabangsa yang berjaya menembusi pasaran dunia.

Zaliman menyifatkan lawatan tersebut sebagai pembuka lembaran baharu dalam usaha memperkukuh kerjasama akademik, memperluas jaringan penyelidikan dan menyediakan lebih banyak ruang pendidikan untuk pelajar di kedua-dua negara.



Related Posts

Projek Esteel RM31 bilion lonjak inovasi dan taraf hidup rakyat Sabah

KOTA KINABALU – Projek tiga fasa Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd bernilai RM31 bilion akan mencetuskan kesan rantaian yang meluas melangkaui teknologi hijau untuk merangsang inovasi, memacu manfaat kepada perniagaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambutan Pesta Kamaatan angkat semangat inklusiviti

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji semangat inklusiviti yang dizahirkan dalam sambutan Pesta Kaamatan melalui penglibatan masyarakat berbilang kaum dan agama. Beliau berkata semangat ini perlu diterapkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Litigasi bayangan: Bagaimana saman sivil jadi senjata politik

Litigasi bayangan: Bagaimana saman sivil jadi senjata politik

Tengku Zafrul isytihar keluar UMNO, intai sertai PKR

Tengku Zafrul isytihar keluar UMNO, intai sertai PKR

Perkara 122B: Salah faham Perlembagaan dan kekeliruan peranan institusi

Perkara 122B: Salah faham Perlembagaan dan kekeliruan peranan institusi

The real victim is the Prime Minister — and the office he holds

The real victim is the Prime Minister — and the office he holds

Constitutional misunderstanding and institutional overreach by MCCBCHST on Article 122B

Constitutional misunderstanding and institutional overreach by MCCBCHST on Article 122B

Kerajaan Persekutuan sokong pelaburan negeri, fokus latih belia – Anwar

Kerajaan Persekutuan sokong pelaburan negeri, fokus latih belia – Anwar