Tengku Zafrul isytihar keluar UMNO, intai sertai PKR

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengisytihar keluar daripada UMNO dan menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.

Ia sekali gus menamatkan teka-teki khabar angin selama ini yang turut menyaksikan beliau melepaskan apa jua jawatan yang disandang bersama UMNO ketika ini.

“Pada hari ini, saya telah menghantar surat peletakan jawatan saya kepada pucuk pimpinan UMNO. Di dalam surat tersebut, saya telah menyatakan keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.

“Keputusan ini bukan sebuah keputusan yang mudah. Sebelum membuat keputusan ini, saya telah meminta nasihat dan pandangan dari sahabat-sahabat saya dari dalam dan luar parti termasuk dari YAB Presiden sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tengku Zafrul mengakui keputusan yang diambil bukan sesuatu yang mudah untuk dirinya memandangkan UMNO adalah parti politik pertama yang disertainya.

“Saya telah mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan keputusan ini secara mendalam, terutamanya kerana UMNO adalah satu-satunya parti politik yang saya pernah sertai, sejak tahun 1997 lagi.

“Akhirnya, keputusan ini dibuat setelah bermuhasabah diri dan mengambil kira pelbagai faktor terutamanya faktor keserasian dan kesesuaian,” katanya.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memaklumkan telah mengetuk pintu PKR dan mengadakan perbincangan untuk menyertai parti itu.

“Pada masa yang sama, saya telah menyatakan niat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat kepada Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat. Saya akan mengikuti proses permohonan lazim untuk menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat.

“Saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, penyokong dan ahli-ahli UMNO yang telah banyak memberi saya sokongan dan dorongan sepanjang saya aktif di dalam UMNO. Jasa anda tak mungkin akan terbalas dan akan saya kenang sampai bila-bila. Terima kasih,” katanya.

Related Posts

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

KINABATANGAN – Kerjasama antara calon dan jentera BN bagi Parlimen Kinabatangan serta DUN Lamag sentiasa berjalan dengan baik sejak Hari Penamaan Calon. Demikian ditegaskan Calon Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

ALOR SETAR – PKR Kedah menyasarkan usaha memenangkan kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini menerusi perancangan gerak kerja strategik yang lebih tersusun dan berkesan. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA