UMNO perlu abaikan sentimen siapa lebih Melayu, juara Islam

KUALA LUMPUR – UMNO tidak perlu membuktikan kepada mana-mana pihak, siapa yang lebih Melayu, menjuarai kaum itu dan siapa yang menjuarai Islam.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, tuduhan politik yang mendakwa Melayu dan Islam yang diperjuangkan parti tersebut semakin goyah selepas bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan hanyalah retorik perkauman.

“Ada pihak yang mendakwa bahawa kerjasama UMNO dalam Kerajaan Perpaduan adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan agama Islam.

“Kini bukan masanya untuk membuktikan siapa lebih Melayu dan siapa Islam atau siapa menjuarai Melayu dan siapa yang
menjuarai Islam. Kita mengucap syahadah yang sama. Bezanya hanya pendekatan yang dibawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ucapan Dasar Wanita UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, meskipun menerima pelbagai tuduhan namun UMNO kekal fokus membina institusi Islam yang konkrit,  sebaliknya Pas dan Bersatu dilihat semakin berfikiran kolot sehingga menyentuh isu 3R.

“Dalam masa Pas berkhayal dengan negara Islam yang abstrak, UMNO telah membina institusi Islam yang konkrit dari bank Islam hingga universiti Islam! Dalam masa Bersatu berkhayal dengan imaginasi perjuangan Melayu versi mereka, UMNO sedang mengangkat martabat Melayu ke persada dunia!

“Hakikatnya, UMNO tidak perlu membuktikan siapa lebih Melayu. Kita adalah perjuangan Melayu itu sendiri!,” katanya.

Katanya, Pas bukan hanya masih berteori sehingga kini namun dalam masa yang sama hubungan antara kaum yang dicipta parti itu semakin mengasingkan.

“Dalam ekonomi Pas masih berteori, Bersatu masih tercari-cari, tetapi UMNO telah lama berbudi! Dalam hubungan antara kaum Pas mengasingkan, Bersatu mengelirukan, tetapi UMNO menyatukan!

“Dalam arena antarabangsa Pas terpencil, Bersatu baharu belajar berdiplomasi, tetapi UMNO telah lama dihormati,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

KUANTAN – Inisiatif Rumah Bangsa hasil ilham Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan hasil yang baik. Selain bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam parti, inisiatif itu juga dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM