Wanita UMNO antara calon PRK DUN Mahkota

KUALA LUMPUR – UMNO mengesahkan wanita turut tersenarai antara calon yang dipertimbang bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, September depan.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bakal calon belum dimuktamadkan dan masih di peringkat perbincangan pengurusan tertinggi parti.

Menurut beliau, senarai berkenaan terdiri daripada cadangan daripada bahagian dan negeri dengan calon wanita turut disenaraikan.

“Semua senarai calon akan dipertimbangkan dan kita telah menerima senarai daripada bahagian dan juga perhubungan negeri.

“Kita masih berpegang kepada konsep WALI iaitu menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable) sebagai kriteria utama pemilihan calon di PRK DUN Mahkota,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Laman Media sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memaklumkan mana-mana calon yang akan dimuktamadkan perlu melalui proses pertimbangan yang seadilnya daripada parti.

“Muka baharu itu sudah pasti, anak muda atau wanita pertimbangan akan diberikan secara seimbang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Kluang, Zainani Jamaluddin; Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah dan Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali Shahrol Shiro disenaraikan sebagai calon UMNO pada PRK tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Segamat, Datuk Norshida Ibrahim yang juga bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO turut disebut-sebut akan bertanding di situ

PRK DUN Mahkota diadakan susulan penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain meninggal dunia pada 2 Ogos lalu

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Allahyarhamah Sharifah Azizah yang juga calon mewakili BN memenangi kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September.

Sementara itu, mengulas perkara berbeza, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tidak mahu melihat kenaikan harga barang secara tidak munasabah berlaku susulan pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Katanya, kerajaan mahu mengekang peningkatan inflasi.

“Tentunya dalam keadaan begitu kita harus imbangkan permintaan dan penawaran dalam tenaga kerja, perkhidmatan dan barangan hari ini.

“Sebab itu saya fikir Perhimpunan Agung UMNO 2024 mesti melihat bukan hanya sekadar desakan tapi bagaimana kita dapat menyumbang saran untuk memperkukuh ekonomi dan menstruktur semula masyarakat,” katanya.

Tambahnya, peranan menteri dan timbalan menteri daripada UMNO dilihat penting dalam sistem penyampaian, terutama bagi memperkukuh Kerajaan Madani menerusi kementerian masing-masing.

“Kerajaan telah membelanjakan jumlah yang besar untuk pemberian subsidi dan pelaksanaan subsidi bersasar bagi memastikan hanya mereka yang layak mendapat manfaat,” katanya.

Related Posts

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

KOTA KINABALU – Wanita Pakatan Harapan (PH) Sabah proaktif dalam memperkukuh peranan wanita di bidang politik menerusi penganjuran Bengkel Pengucapan Awam & Iltizam Wanita Sabah. Ketua Wanita PH Sabah, Jannie…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Slogan ‘UMDAP’ taktik pembangkang untuk kelirukan pengundi – Ahmad Maslan

ALOR SETAR – Dakwaan kononnya Kerajaan Perpaduan hanya dipimpin oleh UMNO dan DAP disifatkan sebagai tidak berasas, malah merupakan satu lagi taktik pembangkang untuk mengelirukan rakyat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

PTPTN langsaikan hutang Manarina penuntut UUM maut dalam kemalangan

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

31.6 tan kaki ayam, 10.2 tan hati ayam beku disita PGA

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Anwar rakam tahniah untuk Carney

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Ibu bapa perlu pantau penggunaan telefon pintar anak-anak – Fahmi

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

Wanita PH Sabah latih calon pemimpin masa depan melalui bengkel pengucapan awam

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif 

24 ahli MDK baharu, diseru tadbir urus inklusif