Ubur-ubur api muncul di Pantai Hiburan

KUANTAN – Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan kehadiran ubur-ubur api yang terdampar di sepanjang pantai Rompin, khususnya Pantai Hiburan.

Majlis Daerah Rompin (MDR) memaklumkan spesies diklasifikasikan dalam kumpulan hydrozoan marin itu mudah dikenali dengan warna lutsinar kebiruan.

“Kesan sengatan ubur-ubur jenis Portuguese man o’war (physalia physalis) boleh menyebabkan kesakitan pada kulit.

“Kulit terasa panas dan kemerahan, melepuh, kebas, gatal, sakit perut, muntah dan pening. Sengatan ubur-ubur ini dapat dilihat seawal tiga minit.

“Jika disengat, disarankan untuk segera mendapatkan rawatan,” katanya menerusi akaun Facebook rasmi MDR, hari ini.

MDR turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyentuh hidupan beracun itu termasuk yang mati kerana boleh memberi kesan mudarat.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu