Jalan Kampung Tengah tutup lima bulan untuk kerja pembetungan

KUANTAN – Penutupan sebelah jalan di Kampung Tengah, dekat sini, akan bermula esok bagi kerja pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembetungan di laluan itu.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang berkata, penutupan jalan itu membabitkan sembilan lokasi sepanjang 900 meter di laluan kampung berkenaan.

“Kita perlu ambil (masa) lima bulan untuk siapkan kerja ini dan itu (jangkaan) paling maksimum, namun kalau kontraktor boleh siapkan secepat, mungkin dalam tempoh tiga atau empat bulan.

“Saya meminta semua penduduk di Kampung Tengah dan pengguna laluan perlu bersabar kerana kerja pembinaan ini untuk keselesaan pada masa akan datang,” katanya semasa sidang media bersama wakil kontraktor bertanggungjawab di balai raya kampung itu.

Difahamkan 4,500 penduduk di Kampung Tengah dan sekitar akan terkesan dengan penutupan laluan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum itu juga mahu pihak kontraktor memastikan keselamatan pengguna laluan tersebut, terutamanya pada waktu malam.

“Saya meminta pihak kontraktor, jaga dengan keselamatan pengguna kerana sepanjang 900 meter ini… saya ingat pada waktu malam, perlu gunakan lampu.

“Kita tidak mahu sebarang kemalangan berlaku sepanjang projek ini berjalan,” jelasnya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu