Tuntutan hutang terhadap Harakah timbulkan persoalan moral, integriti

SEBUAH video yang tular di platform TikTok baru-baru ini memaparkan beberapa individu hadir ke pejabat Harakah, akhbar rasmi Parti Islam Se-Malaysia (Pas), bagi menuntut hutang yang didakwa berjumlah hampir RM2.4 juta.

Situasi ini menimbulkan persoalan serius berkaitan tanggungjawab kewangan dan imej sebuah organisasi media yang menjadi lidah rasmi kepada parti yang memperjuangkan prinsip Islam.

Dalam konteks Islam, hutang adalah amanah yang wajib dilunaskan. Ia bukan sahaja isu perundangan, tetapi juga isu moral dan integriti.

Lebih-lebih lagi apabila organisasi tersebut membawa nama dan simbol perjuangan agama. Kegagalan menyelesaikan hutang, apatah lagi apabila tuntutan dibuat secara terbuka, mencetuskan keraguan tentang kesungguhan untuk mempraktikkan ajaran yang sering dilaungkan.

Lebih membingungkan, ramai pimpinan utama parti yang menaungi Harakah bukan individu yang tidak berkemampuan.

Sebahagian mereka berada dalam posisi berpengaruh, memiliki sumber dan akses yang lebih luas. Dalam keadaan sebegini, adalah munasabah untuk orang ramai mempersoalkan mengapa isu tunggakan hutang sedemikian tidak dapat diselesaikan secara baik dan profesional.

Masyarakat juga pastinya masih ingat tentang inisiatif-inisiatif mengutip derma seperti sumbangan ‘tin milo’ yang sering dijadikan sandaran dalam usaha menggerakkan program parti.

Namun, dalam kes melibatkan hutang jutaan ringgit seperti ini, kebergantungan kepada sumbangan kecil rakyat marhaen tidak lagi wajar menjadi jawapan.

Isu ini tidak sewajarnya dilihat sebagai serangan politik, tetapi perlu dipandang sebagai satu peringatan penting kepada semua — bahawa amanah, kebertanggungjawaban dan integriti kewangan adalah asas kepada keyakinan rakyat.

Organisasi yang memperjuangkan Islam harus menjadi contoh terbaik dalam memenuhi tanggungjawab duniawi, bukan hanya sekadar menyampaikan idealisme di pentas ceramah.

Tanggungjawab membayar hutang tidak boleh diremehkan. Ia adalah kewajipan yang merentas politik, agama dan ideologi.

Related Posts

Politik agama menuntut disiplin ilmu, bukan kontroversi

KONTROVERSI melibatkan kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Salleh baru-baru ini sekali lagi membuka perbahasan besar mengenai tanggungjawab pemimpin politik yang membawa imej agama dalam wacana awam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

DALAM suasana politik negara yang semakin mencabar, rakyat hari ini semakin matang menilai antara perjuangan sebenar demi kestabilan negara dengan retorik politik yang hanya menanam kebencian dan perpecahan sesama umat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu